BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Apabila Bola Itu...

Kali ini, post tentang bola. Semalam saya berkesempatan juga menonton perlawanan Manchester United menentang Wigan Athletics di bilik rehat blok. Tetapi, macam biasa, ada perjanjian dengan peminat Liverpool, "1st half aku punya, 2nd half hang". Takpe, tidak kisah sebab berkongsi, berdikit-dikit itu perlu. Jadi, first half pun dimiliki oleh peminat Liverpool.

Perlawanan antara Liverpool dan Blackburn malam tadi bagi saya sangat menarik. Sebabnya, kedua-dua pasukan tidak berhenti menyerang walaupun wujud keadaan berat sebelah, yang mana perlawanan dipegang oleh pemain-pemain Liverpool. Seronok juga tengok, tapi gol masih tidak ada sehinggalah di penghujung babak pertama, Charlie Adams muncul sebagai 'wira Blackburn' apabila menjaringkan gol yang saya rasa sangat cantik. Haha. Marah penyokong Liverpool nanti. Betul, andai anda tonton, pasti anda akan mengerti.





Tapi, kalau nak bercerita fasal gol sendiri ni, banyak juga ceritanya. Saya tidak punya data yang terlalu statistik untuk penjaring terbanyak gol sendiri, tetapi andai dibicarakan, pasti menarik.

1. Apabila bola itu meluru masuk.
Apabila bola(yang terkena,tersepak,tertanduk) itu meluru masuk ke dalam gawang, perasan tak, semua defender akan tengok bola tu, termasuk penjaga gawang. Haha. Agaknya, memang sudah scene yang dirancang, bila nampak bola itu masuk ke gawang sendiri, semua buat-buat terkejut. Hahaha.

2. Apabila bola itu berhampiran dengan penyerang(player yang tak score).
Apabila bola itu berdekatan dengan player, yang walhal tidak score pun, perasan tak yang striker tu(defender ke midfielder) akan berlari satu padang meraikan 'golnya'. Haha. Macam lawak pun ada. Sebab apa, mungkin dia rasa bangga pada awalnya peminat merasakan dia yang menjaringkan gol. Tapi dia lupa yang BPL mempunyai sistem kamera yang sangat canggih, sampaikan boleh kita beli siaran secara HD. Jadi, perasaan itu tak boleh kekal lama sebab lepas tu, confirm kamera akan fokus kepada player yang melakukan jaringan sendiri pula.

Dah tiada idea. Haha. Maaflah peminat bolasepak. Sebab saya rasakan yang perkara itu melawakkan. Tapi, saya faham, segala yang terjadi adalah bolasepak. Yang meraikannya, yang terjaring gol sendiri, memang sedih dan gembira. Tapi, itulah bola sepak. ;)

p/s: Seronok tonton MU menang 5-0, tambah pula dengan City seri dengan West Brom. Suka! Haha. GGMU!

Saturday, December 24, 2011

Cerita Pendek

Salam. Habuk jugak tempat ni. Maaflah. Saya fikir tiada kesempatan buat saya menaip dan mereka cerita. Sekadar hiburan, tetapi kalau sudah di universiti, lagi banyak jenisnya. Ada yang menegur saya, lama tak update lah, apalah. Bukan apa, terasa sangat sibuk sekarang. Dicampur dengan tutorial pelbagai, dengan assignmentnya lagi. Yang ini pun saya sepatutnya menghadap buku buat 2 minggu asbab peperiksaan akhir semester minggu depan. Penat.


Tapi itu bukan kisahnya. Kisah kali ini mahu ceritakan soal 'Ummi' saya yang meninggalkan tempat beliau mencurahkan kasih. Saya amat terkejut dengan berita perpindahan Umi Noridah, dalam 2-3 bulan yang lepas. Memang agak lapuk, tetapi tak salah mengulang. Boleh saya katakan, beliau sangat bermakna dalam hidup saya se
kiranya dihitung kumpul segala jasanya. Beliau tidak asing di bumi STAR sebagai seorang guru bahasa Melayu yang sangat dedikasi. Mungkin tidak pada mereka yang kurang mengerti, tetapi andai diambil kira segala keringatnya, pasti anda juga sedikit sebanyak mengangguk. Sewaktu saya masih hijau di STAR, pelbagai cara saya lakukan untuk keluar dari situ. Tanggapan, tak seronok jauh dengan ibu. Tetapi, apabila diperkenalkan dengan dunia debat, terasa sekolah itu sangat menyeronokkan; sampai ke hari ini. Saya diperkenalkan dengan senior-senior debat oleh Ummi, dengan harapan jiwa saya tak ke mana. Ada yang buat muka bila pertama kali berjumpa, ada yang tidak kurang baiknya.


Memang benar akhir perkenalan, jatuh cinta. Saya benar-benar jatuh hati dengan debat, dan juga sayang saya pada senior-senior, rakan-rakan, guru-guru, dan sekolah selamat dipupuk. Ummi perkenalkan saya dengan sebuah teknik hidup yang sukar difahami, dan tentunya sukar dipelajari. Perubahan 180 darjah berlaku, dan itu yang membawa saya ke sini, sebagai seorang pelajar universiti. Pengalaman debat bersama rakan-rakan selama 4 tahun itu pasti tiada maknanya tanpa Ummi. Beliaulah yang tunjuk ajar, yang jaga makan pakai, yang tegur sapa. Pendek kata, beliau ibarat ibu buat saya dan rakan-rakan di rumah kedua-STAR. Pahit manis debat, kami kongsi bersama. Soal pelajaran, agama, tegur; Ummi tak pernah lupa. Itu yang baiknya.

Soalan: Asyik debat je engkau ni!


Haha. Saya jiwa debat, maaf. Tetapi andai di dalam kelas, Ummi tidak kesal mengajar. Benar, saya tak pernah di bawah telunjuk ajar sebagai pelajar di kelasnya. Tetapi, kadangkala dengar juga cerita, Ummi sibuk mendidik, bukan sekadar mengajar. "Sampai bila kamu nak mendidik diri kamu sebagai bangsa yang meminta-minta ni?!" Antara tegurannya, yang walaupun tidak saya alami, tetapi masih kekal saya ingat. Benar kata Ummi, sampai bila bangsa Melayu nak meminta-minta. Alah dengan miskinlah, dengan subsidinya lah. Semua itu tanda bangsa yang lemah. Andai kita bangsa yang pandai berdikari, yang kuat usaha, itu semua bukan sandaran. Betul yang saya juga pernah dapat bantuan, terima kasih. Tetapi, dengan bantuan itu membuatkan saya, dan kawan-kawan di luar sana alpa dengan masa belajar masing-masing. Mungkin, untuk belajar berbasikal, perlu untuk kita cabut roda ketiga dan keempat(kanak-kanak). Mungkin tidak bisa laju, tetapi kalau terhuyung-hayang sebentar tidak jadi masalah.


Senang cerita, banyak tunjuk ajar Ummi kepada anak bangsa. Saya tidak pandai luahkannya dengan kata-kata, tetapi andai anda selami apa yang ibu buat kepada anaknya, pasti anda akan mengerti. Salam.

p/s: Moga Ummi bahagia sebagai PK di SBPI Gopeng. Selamat sejahtera hendaknya!

Friday, October 7, 2011

Okay, Aku Merepek~

kelmarin, datang lagi panggilan dari bangi. baiklah, saya datang. ringkas. aku kini menyambung legasi sebagai pendebat universiti pula. mungkin tiada apa yang menarik, tetapi bagi aku sangat. sebabnya, cara debat dahulu perlu aku elakkan. mana tidaknya, kata senior, tak matured. ah, sama saja dari pandangan aku. cuma mungkin, tidak s
esuai digunapakai di peringkat universiti.


perkara indah yang aku dapat dari aspek ini ialah keluarga. mungkin tidak sama dengan situasi semasa di sekolah, sebab ramai 'adik' sewaktu menjadi se
nior. kali ini aku jadi adik kembali. ada kakak dan abg(*chet!). yelah, agak kaku sedikit asbab 5 tahun di sekolah mono.


pengalaman ini akan aku kongsikan kepada 'adik-adik' aku di ipoh. mungkin mereka perlu tahu, dalam usaha menjadi yang terbaik, belum tentu akan berjaya. dan apabila menjadi yang terbaik di sekolah, walau apa jua bidang, tidak semestinya anda yang terbaik di universiti. di sini, hal A+,A dan A- sewaktu spm tidak semestinya menjadi takdir kejayaan. aku paham, ada juga yang berjaya apabila mendapat keputusan yang baik sewaktu di sekolah, tapi dik oi, sumpah tak sama.

pensyarah aku ada sampaikan, "It's not the pointer that I want you to focus, the important is the journey towards the success." jadi, walau sebagus mana anda sekalipun dalam peperiksaan, andai kata faktor insan itu lemah, bawa-bawalah berteleku. aku bukan sekadar menasihati, tetapi juga untuk diri.

p/s:akan ke bangi hari ini. jadi, agak penat juga hujung minggu ini asbab banyak latihan akan diadakan. soal kerja rumah juga jadi beban. mungkin masih tidak faham dengan konsep yang ada. babai muadzam!

Sunday, October 2, 2011

Capek Buk!

sangat-sangat penat, penat sangat-sangat. minggu ini merupakan antara minggu paling penat dalam sejarah aku di sini. sibuk dengan pertandingannya, campur dengan jamuan, tutorial melambak, semua menerpa ke arah aku. sudahnya, sempat lagi mengepos tajuk baru.

aku tiada apa nak disampaikan, cuma kali ni agak seronok sebab pertama kali terlibat dalam pilihanraya mpp. jujur saya kata, saya tidak minat politik. tetapi suasana yang kali akhir saya rasakan pada 2007 pastinya menyeronokkan. jadi, salam jumpa lagi.

p/s: setiap hujung minggu akan ke main campus untuk latihan berpusat. penat di sini, tapi seronok sebab selesa.

Friday, September 16, 2011

Oh, Indahnya!










salam. semalam, aku dan rakan-rakan menghabiskan masa di tanjung balau, desaru. alhamdulillah, pemandangannya sangat cantik sehinggakan pada mulanya aku terpaku dengan keindahan yang disediakan oleh Allah untuk umat manusia memahami erti menjadi insan yang bertuah diturunkan ke dunia ini.

Thursday, August 11, 2011

Oh, Patutlah~

Salam 11 Ramadhan. Di keheningan pagi ni, aku nak bercerita perihal komposisi 'penduduk' di tempat aku belajar. Ada yang kata, pelajar perempuan di universiti ini melebihi pelajar lelaki, err, lupa dah tua, sepatutnya siswa dan siswi. Okay, berbalik kepada hal itu, ada sedikit bingkisan ingin saya ceritakan.

Malam tadi sekali lagi aku berbuka, bertadarus dan bertarawih di Balai Islam universiti. Malam itu sedikit istimewa kerana jemaah diimamkan oleh Imam Muda Nuri Ali Arbain. Selepas itu, ceramah yang diberikan beliau juga sedikit sebanyak memberikan info kepada sidang jemaah, Alhamdulillah.


Tetapi bukan hal itu yang ingin aku ceritakan. Usai moreh semalam, aku pun menaiki bas pulang ke apartment universiti. Pun berbondong-bondonglah aku dengan 4 teman lelaki yang lain ke perut bas baru mirip RapidKL milik universiti. Masuk-masuk sahaja, dah penuh. Tiada masalah bagi lelaki, kami berdiri sahaja, itupun berdekatan dengan pemandu bas, tanda memang padat. Ada la ruang sikit buat menggeliat. Rakan2 aku
yang ada ditegur2 rakan2 perempuan mereka di situ, barangkali satu kelas. Mata aku lebih kepada menerawang sebab tiada orang ingin dite
gur, kalau ada pun yang 4 orang itu.

Sedang leka2 memerhati, baru aku perasan bahawa di dalam perut bas itu hanya ada kami berlima; yang LELAKI! Allah, segannya. Sepanjang pergerakan bas, aku tidak perasan bahawa di dalam perut bas itu padat dengan siswi asasi. Aku tegur rakan@jiran, "Bai, kite je kot dalam ni." Dia sekadar gelak, selepas mata menerawang ke bahagian belakang bas.


Terkejutlah! Mana tidaknya, sudahlah aku ini datang dari sekolah semua lelaki, masuk universiti yang ramai perempuan pula tu. 'Culture Shock' lah jawabnya. Maknanya, benarlah kajian oleh JAWI menunjukkan nisbah lelaki perempuan adalah 1:14, yakni satu lelaki bagi setiap 14 orang wanita. Jika hal ini benar (dan memang telah dinyatakan bahawa suatu masa nanti nisbah lelaki wanita akan meningkat menjadi 1:50), maka kesannya tentulah seperti situasi yang berlaku sekarang ini. Itu nisbah penduduk. Macam tiada kaitan bukan tapi kalau tak silap, di IPT, nisbahnya adalah 1:4. Oh, patutlah~

Sesudah sampai di rumah, aku tenang2kan diri dan makan juadah moreh tadi. Sedap. Lama sedikit, sewaktu hendak tidur, tiba2 sahaja 'blackout'. Allah, panas. Tak selesa mahu tidur. Selang beberapa saat, aku dengar kata2 kesat, bising2 perihal masalah itu. Semua tak puas hati. Apa masalah mereka entah. Aku jenguk2, dekat hujung blok, berkerumun rakan2 searas di pintu kawalan elektrik(yeke?betulkan kalau silap). Kata depa, suis tendang. Oh, ada lelaki. Ingat tiada. Ramai pula tu. Gelak juga aku, mengekek dalam hati. 'Rajin', biasalah bulan2 macam ni.

Jadi, aku tidak pandai nak lakukan konklusi yang bagaimana. Kalau fikir2 balik, ramai saja budak lelaki di kampus ini, tetapi ditenggelami wanita kalau bab2 agama ni. Bukan nak beri ceramah, sekadar pandangan, apa salahnya kalau kita sulami malam-malam Ramadhan ini dengan amaln berterawih, bertadarus dan berukhwah dengan muslimin2 yang lain. Tahu anda ingin menghadapi peperiksaan, tetapi, alangkah manisnya kalau kejayaan itu ada pada manusia yang gigih dunia, gigih akhirat. Renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s: seronok ceramah ustaz malam tadi. baru tahu beliau juga berasal dari Karak, dekat dengan kampung kot. huhu.

Wednesday, August 10, 2011

Kali Ini Penuh Makna...



Salam 10 Ramadhan. Sedar tak sedar dah 9 hari kita berpuasa, dan insyaAllah kita akan menjengah fasa kedua dalam bulan Ramadhan ini. Moga-moga amalan kita buat fasa yang pertama yang akan tamat maghrib nanti menjadi bekalan untuk kita mencapai takwa Ramadhan.

Pengalaman puasa aku tahun ini sedikit lain. Yalah, duduk tempat lain. Biasanya aku akan dengar orang kejut, 3-5 tahun sudah. Asal bunyi je orang kejut sopan2 tu, mesti pak guard. dalam tempoh tu jugak, aku dikejutkan dengan macam-macam cara. Alarm handset(haram patutnya waktu sekolah.haha), Pekli(Syafiq Ramli) ngan suara sopannye, Azri ngan caranye, takpun Din(Alaudin Ahmad Tarmizi), Bol(Afiq Bahtiar), Wanji(Rizuwan Muji), Shuh(Isma Izzat), dan Along(Amiruddin Nazri) dengan stail budak ganas, monjoghit popagi buto. Yang lain ada juga, cuma sukar nak jelaskan. Rindu sungguh. Apabila dah masuk alam senior, apa lagi, junior la kejutkan. "Abang Haziq, bangun sahur". Tapi, rasanya lagi banyak aku yang kejut depa. Takpelah, tugas.

Cara sahur dan buka juga senang. Kalau sahur tu, pergi ajela dining hall tu, jamah apa yang ada. Kadang-kadang ikan jaket tu kan, direbus dengan hape ntah. Buka biasanye sedaplah sikit. Ada kuih-muih gitu kan. Suka. Kurma pun free. Kalau awal2 Ramadhan di sekolah dulu, boleh pergi bazar, hah, pau kawan pun ada. Kira dia besedekah, untungla~

Di sini, banyak benda aku pikirkan. 1 Ramadhan, aku masak, masuk yang kedua, malas dah. Start tu makan roti je satu rumah. Kalau ada rezeki, dapatlah makan free lauk berbuka kelmarin yang biasanya aku bungkus kat Balai Islam. Bab berbuka, nak cari fadilat, insyaAllah, biasanya aku dan rakan akan ke masjid ataupun surau besar(Balai Islam) universiti. Free la jugak. Dari buka sampai moreh, lebih kasi bungkus.

Trend baru aku di sini, biasanya aku akan lepak dengan kawan-kawan sampai 5.20 kat foodcourt, minum teh tarik. Terbaik cakap kau. Kadang2, ada yang bawak gitar, maka bernyanyilah penyumbang2 yang ada termasuk aku di keheningan pagi itu. Habis sahur, kalau tiada kelas, opsyen adalah, paham2.

Alah, kalau fikir2 balek, same je. Still have a friend that will knock my door every morning to sahur. Takkanlah nak lepak sekolah, makan free sampai bangke kot en. So, it's time to change and try to become a new man with new experiences. Duduk di universiti ni banyak mengajar aku erti berdikit, beralah, dan kuat. Bak kata ustaz, taqwa datang dari perkataan kuat. Kuat di bulan puasa bukan bermaksud siapa paling lama menahan lapar, sebaliknya puasa di siang hari disertai amalan di malam hari. Mudah-mudahan kita mendapat kekuatan itu.

p/s: rindu nak berniaga bersama mak di bazar. ustaz zul, jangan la buat suspen sangat.

Friday, July 8, 2011

Kalau Binatang Ada FB, Status Mereka Mungkin Sebegini...

Ini bukanlah idea aku sebenar, sekadar ditokok tambah oleh aku selepas digarap dengan baik oleh Encik Pet, PLKN Kem De Bana, Jempol.



Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih beb...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah AIDA ... kenyang burp, Alhamdulillah. ..


Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!


Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...


Cicak : isteriku tersepit pintu


Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."


Ayam : Kawan2...kalu esok gua tak update...bererti gua udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...


Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa


Cicak : Mau ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru huhu...


Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!


Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?


katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..


ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..


Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.


Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.


Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi


Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2


Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles


Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!


Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.


Kera: semalam BF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah


Tikus: Tgh makan Bigmac kat McD@dataran senawang. Meh la join sekali.


Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.


Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.


Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok


Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :(


Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.


p/s:seronok sekarang:)

Sunday, June 19, 2011

Kegumbiraan Yang Pertama

Trip semalam memenatkan. Semalam aku dan rakan-rakan ke bandar terdekat dari kampus pembelajaran aku yang mengambil masa 1 jam lebih tempoh perjalanan. Aduh, sangat penat. Tetapi, sewaktu berhibur di sana umpama tidak ingat dunia. Macam-macam aku cuba. Tengok wayang sudah pasti, dengan pelakon yang aku suka ada, memang menjadi trip ini. Jalan cerita, muzik dan teknik kamera pengarah Shamsul Yusof sedikit serupa dengan cerita-cerita Datuk Yusof Haslam. Anak bapak la katakan. Tapi, aku tetap gumbira walaupun Zizan mati akhirnya.




Usai solat, kami berboling pula. Allignment lari sangat. Asyik ke longkang saja. Haha. Jadi, aku sangat tidak puas hati dengan pencapaian boling tersebut. Sebab budak-budak tak matured ada bersama aku. Nak melepaskan geram, pergi karaoke. Hah, waktu ini baru korang kenal sapa aku. Layanlah lagu apa sekalipun, mesti aku jadi back up singer kepada yang memerlukan. Haha.




Aku mahu pulang. Tak mahu aku ikut si Syamim nak 'overnight' di TC. Jadi, aku mahu ikut Matin-kawan serumah untuk balik. Sampai-sampai aja, ada seorang pak cik ni psiko, "Dik, bas tempat korang jam 6 last tau oak". "Aiseh pak cik, toksah la buat seram". "Acik betol ni, kalau nak, meh pak cik antar, 20 satu kapla". Dalam hati, "memang pengambil kesempatan yang nyata!". "Takpelah pak cik, kitorang ade strategi".




Kalau ikutkan cerita si Iqbal, dua minggu sudah dia turut mengalami perkara serupa. Tapi dia kata, banyak cabarannya sebab kena bodek pak cik kaunter Johor Bahru untuk singgah ke stesen bas terdekat dengan kampus. Dia kata lagi, budak perempuan yang 'capub'. Aku ajarlah makwe si Matin ngan Syamim ni cara-cara nak bodek pak cik kaunter waktu makan. Sudahnya, aku jugak.

"Pak cik, bas pergi Johor ada lagi tak?". "Ada, kenapa? Adik nak balik mana?". "@#$%^&*^". Aiseh, muka pak cik ni macam penuh masalah secara tiba-tiba. "Bolehlah pak cik, saya baru dekat sini. Baru 18. Mana nak tahu last bas pukul 6". Dengan muka penuh hairan, "betul 18?". Amboi pak cik ni, mencabar umur nampak? Haha. Geram memang geram sebab orang anggap aku ni dah 20-an. AAK?! Janji dapat balik menggunakan alasan betul tak palsu, sudah.

p/s: Home Sweet Home!

Sunday, June 12, 2011

Bukan Itu


Ada yang tanya, sajak 'Wajah Kamu' saya buat sendirikah? Untuk siapakah? Ada juga kata untung perempuan yang khas saya tujukan sajak itu. Sebenarnya, sekadar suka-suka.

Saya banyak hobi. Dan salah satunya ialah bermadah, atau lainnya membungakan ayat. Entah mana datang pe'el tersebut pun saya tidak pasti, yang pasti memang wujud rasa gemar dalam menambah bunga-bunga kata. Jadi, mohon kalau-kalau ada yang sudi memberi cadangan atau komen ke atas sajak saya, silakanlah kerana saya suka belajar.

Akhir, kepada kawan-kawan yang bertanya, sajak itu hanya sekadar sajak semata-mata. Sekian.

p/s: pelik tanyakan hal itu sebab manusia sekarang lain, kalau sajak cantik tapi diri tak sama cantik, jangan harap nak dapat yang kita mahukan. jadi ingat, jangan bikin sesuatu untuk sebab yang tak pasti.

Wednesday, June 8, 2011

Sekadar Kata Buat Kamu



Wajah Kamu

Membayangkan wajahmu lain rasanya,
Dalam wajah itu terukir satu bentukyang bermakna segala,
Kasih, sayang, amarah, benci dan semua perkara,
Ya benar, semua.

Membayangkan wajahmu bikin aku jadi keliru,
Kaca permata sumpah aku tak tahu,
Sedangkan wajah kata orang hanyalah satu yang palsu,
Mungkin keroh aku tak tahu.

Tanggapku pada wajah itu benar-benar celaka,
Aku fikir kamu cantik hanya di mata,
Aku fikir cantik muka tidak lama,
Fikir segala entah apa-apa.

Ada satu perkara aku pelajari daripada kamu,
Kamu benarnya, lain benar,
Tentang dirimu yang lain dari tanggapan aku,
Satu jenis alasan manusia sedikit celupar,
Kamu seperti aku,
Minat kata madah kadang kasar,
Konon sama kongsi minat sama yang satu,
Bincang hal semua dengan tegar,
Tetapi, kasih hanya dari aku,
Dari kamu mungkin ada, sekadar.

Aku mahu kamu tahu,
Dalam dada ini hanya kamu,
Benar kamu selepas Tuhanku,
Jadi sebab itu aku mahu kamu tahu,
Yang kamu manusia utama bagi aku,
Kerana harapkan kasih, benar sukar dapatkan itu,
Walau kasih ibu akan setia bersama aku,
Mendapatkan setia kamu belum tentu walau diri menjadi abu.

Jadi,
Biar mamah tubuh ni,
Tagih aku terhadap kamu senada di hati,
Kekal teguh di puncak tertinggi,
Kerana kamu mencabar aku sekali,

Aku gila?
Andai itu soalan kamu,
Benar aku gila,
Sangat gila tentunya,
Gilakan kamu.

0113, 6th June 11.


p/s: edit gambar orang pakai paint kot... haha

Sunday, June 5, 2011

Suasana


Salam. Lintas langsung dari sini. Pengalaman seminggu di sini agak menarik. Macam-macam ada-dekat rumah lah, not here. Kalau dekat rumah, ada Giant, Tesco dan lain-lain, di sini ada Tunas Manja(manja gitu) dan Pantai Selamat(not a name of a beach okay, kinda Billion kot. huhu) Tapi, dekat sini ada pasar sehari (10am-10pm) yang pastinya tidak ada di tempat tinggal. Seronok juga, suasana pasar di siang dan malam hari.

Jadi, sekarang pun berharap pada ihsan rakan yang punya netbook, memadai untuk online dengan gunakan 'dengan wayar' yang ada dalam setiap rumah. It's quite a good medium for a student like us to surf for the internet, because it's quite good in approaching the web.

Dalam minggu lepas, ada senior kata, tiada halangan kekalkan biasiswa yang menuntut penggunanya mendapatkan CGPA >3.00. Sebabnya, kondisi di kawasan ini. Mungkin akibat terlalu berbangga dahulu saat tinggal di ibu negeri Ipoh, dikurniakan tempat yang begitu unik kini sudah memadai untuk belajar, Alhamdulillah.

Jadi, akhir kata, Assalamualaikum.

p/s:banyak idea, sedikit cerita, mudah fikirkan, tetapi, sukar gambarkan dengan kata.

Wednesday, June 1, 2011

SIBUK

Apa nak kata ek?
Jumaat hari tu dah masuk UNI10 di Muadzam Shah, Pahang. Jauh juga dari rumah. Tempoh perjalanan ada dalam 5 jam(+-makan,solat,basuh kete[???]). Sampai-sampai sahaja, senang. Isi semua borang, bayar. IPTS la katakan. Asal ada duit, jadi. Nasib baik ada bantuan. Senang sikit.

Tempoh orientasi hanya sehari, jadi bosan tak tahu nak buat hape. Masa yang sama ada bengkel debat, jadi sertailah. Tengok-tengok, yang menjadi jurulatihnya adalah orang yang sangat dikenali. Adoi. Kantoi rahsia. Last2, masuk final debat anjuran bengkel ini. Alhamdulillah berjaya di final. Ramai juga tanya, bukan baru sangat ke? Agakla... Haha.

Sekarang sudah waktu belajar. Macam-macam juga buku kena beli. Ada kata, beli dekat senior. Ada kata jangan, nanti kena 'labun'. Nasib baik ada senior yang baik, dapat juga buku percuma sebuah. Sekarang ni, dapat online sebab dasar IPTS, boleh guna lab kalau nak. Akhir kata, Assalamualaikum.

p/s:sibuk uruskan hal YTN dengan rakan-rakan seangkatan;)

Monday, May 16, 2011

Hari Cikgu

Cikgu sihat? Soalan sama.
Sihat. Jawapan sama.
Tak sihat... Lain. Kenapa Mr. King? Mata saya still can't perform better lah. Bukan dah oprate ke Sir? Dah, tapi say jadi rabun dekat. Ooo.

Cikgu, macam mana mengajar? Soalan tambahan.
Ok. Jawapan biasa.
Tapi form * problem sket. Depa dok @#$%^* bla~. Jawapan tambahan.

Cikgu, menang tak? Skil soalan menarik.
Takda rezeki la pulak. Skil jawapan merendah diri.
Saya menang lagi taw. Haha. Skil jawapan menarik.

Saya dapat U*&^10. Jawapan kepada soalan.
Oh, good luck! Respon jawapan.
Lah. U should be a good lawyer lah. Soalan kepada jawapan.

Huh???

Macam-macam jenis respon guru apabila soalannya bermacam jenis. Yang itulah, yang inilah. Tetapi, insan-insan inilah yang telah mendidik saya menjadi insan. Mereka juga masih setia mendoakan anak muridnya berjaya dalam hidup. Cikgu Jepun sekolah saya, Sensei Ainun kata, seronok lihat anak murid STAR berjaya. Semua berkat doa, ilmu, kekuatan dan kasih sayang yang cikgu-cikgu berikan.
Terima kasih cikgu!

p/s: di ipoh buat beberapa hari, ambil peluang jumpa cikgu-cikgu Bintang tersayang!

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari 8 Mei!

Aduh, mana nak cari dua ribu? Soalnya kena bayar dulu, walaupun sudah ditaja. Paling pantas punya tindakan, panggil pak cik Ahmad Saruan. Selesai. Cukup dah seribu, lagi seribu mana?

Akak balik ketuk pintu, kenapa kau? Macam ni, kena dahulu duit daftar, sat agi depa ganti. Takon la karo abah(tanya abah). Mungkin tidak tepat. Abah tak dapatlah dik nak sediakan banyak, seribu ya bisa. Kau tak kata kat abah yang akak pinjam duit kau? Agaknya, akak lupa abah duduk rumah waktu adik ada memang macam duit gaji, awal penuh ada, sepuluh ringgit mak dapat. Adik makan pun minta emak. Huh.

Adik, kuetiau siap! Kenapa nangis? Masuk habuk mak. Sebenarnya kena bayar dululah mak untuk masuk adik dekat pengajian tu, sedar-sedar akak tengok dah nangis. La, kita bincang lah, kan satu keluarga.

Adik taknak susahkan mak, ingat dapat ni mudah emak. Tapi macam sama je. Takpa, ni rantai ni mak boleh gadai. Mak! Tak payah, lagi rela adik pinjam pak cik Ahmad Saruan. Adik kecil lagi, nanti pak cik tak percaya bila dah besar, jangan jadi macam akak ni. Hmm. Habis tu?

Macam ni, nanti emak keluar duit simpanan kerja buat tanggung adik. Mak... Takpa, untuk belajar, mak sanggup buat apa untuk kejayaan anak mak.

SELAMAT HARI IBU!

p/s:maaf terlambat, bagi saya, hari-hari hari ibu. Terima kasih Zainah Md. Jali.

Monday, May 2, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



Salam, post ini untuk tujuan pertandingan yang dianjurkan Cikgu Shahnun. Untuk makluman, saya dapat idea sajak ini berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar di STAR Ipoh dengan menggunakan nama insan bernama Kassim sebagai seorang guru. Terimalah...

KISAH GURU KASSIM

Di sana rupanya guru Kassim,
Terbatuk-batuk gaya usia dimamah musim,
Dia masih bisa ke sana ke mari,
Lengkapkan tugasnya untuk hari-hari selebih.

Dulu,
Teganya dia usah dicabar,
Gigih menjana yang mahu belajar,
Bilangnya, ilmu itu perlu diajar.

Dulu,
Jerih payah dia rasa tercabar,
Dari maju bandar ke Batang Lupar,
Bilangnya, sabar sabar.

Seribu dua ragam pelajar dia ada,
Yang sungguh bercerita,
Yang kekok tulis baca,
Malah yang diam duduk saja pun ada.

Itu belum lagi pinta-pinta ibu bapa,
Yang ini mahu anaknya sukses semata,
Yang itu mahu anaknya dilayan ibarat raja,
Yang sini sekadar mencampak beban kepadanya,
Yang situ pula cukuplah setakat ambil periksa.

Guru Kassim benarnya tiada pilih-pilih,
Layannya sungguh persis bapa yang kasih,
Pada anak bangsa yang masih bertatih,
Didik mereka biar terlatih.

Dewasa,
Yang ini jadi doktor bedah mata,
Yang itu jadi pensyarah ternama,
Yang sini jadi mursyid Imam Muda,
Yang situ pula peruncit halal sumbernya.

Semuanya berkat ajar guru Kassim,
Dia yang ajar agama tidak zalim,
Dia yang ajar baik budi biar yatim,
Dia yang didik, belajar walau hampir ke liang kubur,
Dia yang didik, sampaikan ilmu biar terus subur.

Seberapa lama,
Guru Kassim masih punya tenaga,
Dia tidak hairan walau tinggal 2 tahun saja,
Dia masih mahu habiskan sisa usia,
Sebagai pendidik anak bangsa yang setia.


Buat guru-guru yang mendidik saya, sekapur sirih, ucapan terima kasih kerana berjaya mendidik saya. Teruskan mendidik yang masih ada, sertakan doa yang makbulkan usaha. Terima kasih.

p/s: tahniah cikgu Shahnun sebab sudi anjurkan pertandingan ini. TK juga kepada saudari Zuratul Ain kerana habaq mai kat saya. huhu.

Monday, April 4, 2011

Penipuan "Holy Warrior", Manipulasi Barat

Assalamualaikum. Semalam saya berjumpa dengan abah saya di Nilai. Lama juga tidak berjumpa. Ada dalam 5 bulan. Kata abah, cepat-cepat ambil lesen, boleh dapat motor sebiji. Alhamdulillah, saya harap abah pegang kata-katanya untuk memberi saya sebuah 'Scrambler' jenama Kawasaki. Tak silap saya, KLX150S. Tapi, entah bila saya berpeluang belajar motor yang menggunakan 'clutch'. Tak pandai! Nanti-nantilah.



Sebenarnya, saya nak ceritakan tentang sebuah rancangan yang saya tonton di pakej televisyen berbayar. Tajuknya, "Holy Warrior". Saya tertarik menonton cerita ini sebab ia perihal Perang Salib. Tetapi, input yang saya dapati kebanyakannya dimanipulasi oleh pihak Barat. Mari kita lihat contohnya.

1. King Richard pada awal ketibaannya jatuh sakit. Diceritakan bahawa King Richard mahu berjumpa dengan Salehuddin Al-Ayubi untuk berdiplomasi. Tahu apa ulasan seterusnya? Digambarkan Salehuddin Al-Ayubi menolak idea diplomasi King Richard kerana tidak suka akan diplomasi sedangkan Salehuddin Al-Ayubi merupakan tokoh Islam yang sangat berpegang kepada agama. Dalam peraturan peperangan Islam sendiri, Islam meletakkan bahawa sekiranya pihak musuh ingin berdiplomasi, itu merupakan jalan terbaik. Sahihkah? Fikirkan.



2. Dalam pada masa yang sama, King Richard sakit tenat di Acre. Salahuddin memberi hampir 100 000 ekor kuda dan buah-buahan buat King Richard cepat sembuh. Ulasannya mudah. Salehuddin Al-Ayubi mahukan King Richard segera pulih untuk dibunuhnya seberapa segera. Astagha. Buat baik pun salah. Heh.

3.Sebaik sahaja King Richard pulih, dia menyerang kubu Islam di Acre dengan serangan yang sangat ditakuti(ya iyala). Ulasannya, tentera Islam dibiarkan berkubu tanpa sebarang bantuan oleh Salehuddin Al-Ayubi kerana beliau mahukan tentera Islam di situ mati. Na'uzibillah. Walhal, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa nyawa 1 orang umat Islam itu lebih penting daripada Ka'abah. Masakan Sultan Salehuddin Al-Ayubi sanggup membiarkan tenteranya di Acre syahid tanpa bantuan?



Sedar atau tidak, kekuatan media memberikan peranan kepada pihak Barat dalam usaha memanipulasikan fakta sedia ada. Tak silap saya, dokumentari yang diarahkan Coli Sammons ini ada 7 rujukan. 6 dari Barat, 1 dari Syria. Bukankah ia berat sebelah? Anda fikir-fikirkan. Salam.

p/s: Pada akhir Perang Salib, diplomasi digunakan kedua-dua pihak, oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi dan King Richard The Lionheart. Kedua-dua pemimpin itu sebenarnya sangat menghormati antara satu sama lain sehinggakan kedua-duanya mengiktirafkan kekuasaan masing-masing di Timur dan Barat.

Thursday, March 31, 2011

Esok Kerja!



"Mak temankan adik cari kerja ya". Itu ayat yang keluar dari mulut ibu. Mungkin kerana aku sering mengadu kebosanan, nak cari duit kononnya. Sudahnya, pagi tadi sewaktu bersama ibu, aku mencari kerja yang sesuai untuk diriku. Macam-macam kedai aku pantau. The Store menjadi pilihan kerana mungkin tugasku menjadi juruwang kompleks itu. Wah, menarik!

Dalam 20 minit sampai rumah, ada panggilan daripada nombor yang tidak aku kenali. "Adik, boleh datang interview tak?". "Eh, ni akak spec ek? Saya dah dekat rumah la kak. Takde transport nak ke sana." Dalam hati sebenarnya mahukan jawatan jurujual di The Store. "Abeh, adik nak ke sini naik ape?". "Bas." "Ok dik. Macam ni. Esok adik datang kerja ek. Pakaian formal, bertie." "Esok?". "Ha. Gaji RM700.00. Jangan lambat, potong gaji nanti".

Sudahnya, aku jadi pekerja di sebuah kedai kaca mata di Klang. Hm... Sedikit gementar sebenarnya mahu bekerja. Maklumlah, pertama kali. Doakan ye. Salam

Tuesday, March 29, 2011

Status

Pening. Tiada idea. Bosan. Dan bermacam-macam lagi. Mungkin cuti lama. Salam

Saturday, March 19, 2011

Pak Cik Tak Kisah

Bangun pagi tadi, emak kejutkan lagi. Saya segan pula bila orang tua saya ini kejut, pastinya waktu Subuh tinggal berapa detik minit sahaja tinggal. Ada juga yang mengejut, tapi tak terjaga. Apapun, terima kasih ya. Awal-awal lagi, saya minta emak jerang air, nak buat oat. Sedap juga pagi-pagi melayan kepanasan susu oat bersama ibu tersayang.

Baiklah, berbalik kepada isi. Elok-elok melayan minuman, saya buka saluran televisyen untuk santapan minda sekali-sekala. Banyak yang saya dapat. Ada yang seronok, menarik, sedih, bahkan lucu. Tahu tak fasal yang lucu? Ha, ini ceritanya.

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh sewaktu itu sedang memotong rumput di kawasan perumahan di Taman Klebang Jaya(kenal tempat itu). Sedang 'syiok2' melayan tebasan mesin ke atas rumput-rumput yang tidak bersalah itu, beliau terjumpa sesuatu! Ha, cer teke. Patung bayi? Robot Transformer? Janin(harap-harap tidak)? Semua salah. Dia jumpa BOM!

Ha, apa yang melawakkan, pak cik India tu bawa bom itu dari tempat kejadian ke balai polis terdekat(10km jaraknya) dengan menaiki motor! Amboi, relaks sungguhkan. Kalaulah tengah 'kona baring', buat-buat menggediklah pula si bom tu nak meletus, tak ke hilang terbarai tubuh badan pak cik tersebut? Haha. Apalah pak cik. Lain kali, 'call' la polis awal-awal. Bahaya.

Yang menambahkan perisa lawaknya, apabila sampai sahaja pak cik tersebut di balai polis, bom itu meletup. Eh, bukanlah. Saja bikin gamat. Nak dijadikan cerita, polis tak mahu terima. Biar saya dialogkan.

Uncle: Tuan, saya mau laporla...


Polis: Ye, silakan beri IC dan laporan.

Uncle: (sambil keluarkan bom yang disorokkan di belakang badan) Tadi pagi, saya potong rumput. Lepas tu, saya jumpa sama ini bom.

Polis: (dengan terkezut) Umangai! Bosar eh! Mampuih den.(slanga NS)

Uncle: (dengan selamba) Ala tuan. Tara letupla. Saya bawa 15 minit sini mari.

Polis: Eh, tak boleh pak cik. Pak cik kene pulangkan balik bom ni kat tempat asalnye. Pak cik tak boleh angkat bende ni sesuke hati sebab bahaya.

Uncle: Habis, apa saya mau bikin?


Polis: Macam ni lah. Pak cik bawak balik bom ni dan letak semula bom ni kat tempat yang pak cik amek tadi.

Pak cik itu pun bawalah balik bom yang tak meletup lagi itu selama 15 minit menaiki motornya. Yang lawaknya, apahal la polis tu suruh pulangkan balik bom tu. Dah la tak tolong. Ah, takutlah tu. Haha.

p/s: mahu pulang ke sabak bernam, bakal tidak belayar dalam beberapa hari. adios.

Friday, March 18, 2011

Syaitan dan Lori-lorinya Bakal Masuk

Khutbah tadi seronok. Fasal rokok. Dapatlah juga saya tambah maklumat fasal rokok yang mnyebabkan 10000 orang di Malaysia mati setiap tahun. 100000 pula akan melapor setiap tahun atas penyakit jantung dan faktornya adalah rokok. 30% daripada jumlah 10000 tadi akan terlibat dalam penyakit kanser(10 jenis), 50% penyakit jantung dan strok, dan bakinya, lain-lain.

Topik asal, belajar. Saya terpegun dengan kesungguhan bapa-bapa membawa anak-anak 'jantan' mereka ke masjid untuk mendidik anak-anak mereka bersembahyang Jumaat. Bagus! Itu ayat yang terbaik keluar dari mulut saya. Walaupun 'bagus', saya ada sedikit pandangan fasal tempoh khutbah, sampailah habis sembahyang.



#1; Pendengaran
Masjid di tempat saya ada satu kawasan khas disediakan buat kanak-kanak. Sesuai. Tapi tidak efisyen. Bising sangat. Ganggu jemaah. Waktu khutbah dah satu hal, sembahyang, Masya-Allah.

#2; Pemerhatian
Alhamdulillah, pandai ayah mengajar anak sembahyang. Tapi ayah tak cukup bijak mendidik diri sendiri dan anak. Waktu sembahyang tadi, puas saya cari saf yang tiada kanak-kanak. Sebab apa? Sebab, kalau anak-anak ini tidak solat(belum baligh,baru 3-4 tahun), saf yang wujudnya kehadiran homosapien itu tidak sah, melalui ustazlah. Perkara ini dah ditegur oleh ustaz-ustaz yang seringkali beri ceramah. Patutnya, ayah bawa anak ke bahagian paling tepi dalam saf, baru betul. Tambahan lagi, saf pun tak cukup rapat. Entahlah bila nak hilang ego masing-masing. Kalau ada tengok video mempersenda Islam sekalipun, safnya rapat. Kata Imam yang pandai sangat baca doa Qunut tu, "Long, rapatkan saf, nanti, syaitan dan lori-lorinya bakal masuk".



Tapi, saya hanya keluarkan pendapat. Kadang-kadang, orang berumur ini sangat sensitif. Takut pula jejaskan silaturrahim yang tak terbina ni. Saya harap dapat memperbetulkan diri sendiri juga kerana sesungguhnya tiada yang sempurna di dunia kecuali Allah SWT.

p/s: kalau penulis ada anak, macam mana pula? haha.

Thursday, March 17, 2011

Kena 2 Tahun, Baru Jadi Manusia

Lebih 68 hari, tempoh yang agak sekejap sebenarnya telah tamat dan kini saya menjalan hidup seperti biasa. Haha. Sebenarnya, rasa rindu pula pada kawan-kawan kompeni Bravo yang tersayang. Banyak rasanya kenangan yang kami lalui sebab 68 hari itu walaupun sedikit, kalau dah hari-hari ragam lain-lain, memang syok! Huhu.

Okay, that's not the topic. Actually, it's about boys, and men. Can you give me the difference between both of it? What is boy? What is men? I'm trully dissapointed if you say, it's just the same. For me, there are a lot of difference between both status although they come from same type 'homosapien'.



Tempoh hari, saya tonton sebuah rancangan dalam National Geography; From Boys to Men:Every Singaporean Son. Dalam rancangan itu, diceritakan serba sedikit fasal Khidmat Negara ala Singapura. Fuh, dahsyat. Latihan yang diterima kalau dibandingkan dengan apa yang saya jalani, kata ibu, jauh semanggang. Yalah, tempoh 3 bulan, latihan bersama JL yang bukan tentera, banyak modul yang tidak bercorak fizikal. Senang cerita, sangat berbeza dengan corak 'National Service' yang Singapura gunakan.



At the end of the episode, one of the captain said to all of the participant(they call recruit) that they have changed from boys to men. The question is, is it us(wira and wirawati) is not boys? Oh, I forgot that Malaysia also provide women, not only men. So, it's not impossible if top rank sharpshooters came from girls(who will become women), and they qualified for that(in my camp lah).

Kalau sekadar menonton, mungkin sukar ditafsir. Tapi, andai kita taakul dan perhatikan, wujud rasionalnya PLKN dijalankan di Malaysia. Sekian, tammat.

p/s: PLKN ada ajar fasal nak hidup dengan kerja yang profesional, bukan hanya pegang senjata tau.

Saturday, February 5, 2011

Pelatih 1001 Warna

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua. Hari ini, coretan sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. Pengalaman yang saya timba(tak penuh lagi) mungkin menjadi pilihan kali ini. Sebulan saya di Kem PLKN De Bana Jempol banyak mendidik saya erti kepentingan masa. Bayangkan, kepadatan waktu di sana membuatkan pelatih-pelatih terkocoh-kocoh berlari.



Eh, merepek kan. Belum ada intro, terus masuk cerita. Baiklah. Pengalaman saya selama sebulan di sana membuatkan saya berasa gembira sangat-sangat. Mungkin kerana bertambahnya rakan. Kalau lain, memang tak adalah jawabnya. Saya dapat bersama rakan lama saya dari STAR Ipoh yang turut sama mendapat tempat di kem tersebut. Saya ditempatkan dalam sebuah kompeni yang unik(ikut cara ketenteraan), kompeni Bravo. Dalam rumah sukan ini sahaja, macam-macam yang saya belajar. Erti kawan, sahabat, pembuli, baik hati, toleransi dan sebagainya.

Sebenarnya, tingkah laku sebegini sangat menjanggalkan bagi saya bagi minggu yang pertama. Yalah, kalau dahulu, kepala semua sama, kalau ada kambing hitam pun, tidaklah sebanyak di kem. Haha. Ada yang gila-gila, gila, kecoh dan yang menyakitkan hati. Nak dijadikan cerita, kompeni sayalah yang paling bermasalah dek ragamnya yang seribu satu jenis.



Saya tidak mahu bicara panjang, cuma mahu gambarkan keseronokan yang saya alami. Nak dijadikan cerita tambahan, maruah kompeni kami diuji apabila bendera kompeni dicuri oleh kem komandan. Hukumannya, adat peminangan. Sudah. Nasib baik saya tidaklah terlalu tertekan jika dibandingkan dengan 5 orang pelatih lelaki yang terpaksa menyamar jadi perempuan. Haha. Padan muka. Siapa suruh buat salah kan. Jadinya, pada hari peminangan nanti, saya akan menjadi wakil rombongan lelaki untuk masuk meminang. Harap-harap segalanya menjadi. Salam...

p/s:ada juga pemilihan untuk pasukan debat yang akan menampilkan apa itu debat dalam kalangan pelatih. harap-harap terpilih.