BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 25, 2013

Islam itu Asalnya Asing

Selalu juga dengar frasa ini, Islam itu akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Benar. Dalam hidup kita seharian, ada saja yang tidak selesa dengan amalan-amalan Islam. Tidak merujuk kepada sesiapa, tetapi itulah hakikat. Kenapa?

Siang tadi penulis ada pembentangan subjek agama di kelas. Hendak menaikkan mood punya fasal, pakailah jubah saya dengan rakan yang turut sama membentang. Asing. Sebab boleh kata orang semua pandang. Saya tidak punya masalah kerana sesiapa yang mengenali saya, pasti kenal dengan cara pemakaian saya yang berani memakai pakaian yang lain dari yang lain, baik tradisi Melayu, Jawa mahupun apa-apa saja. Minat. Tetapi kekesalan itu jelas bila mana ada yang mengutarakan, "Eh, kau dah jadi anak murid Sir ... ke?" Sebabnya pensyarah itu juga hari-hari berjubah. "Aku ada pembentangan agama tadi."

Pada hemat saya itu mungkin penghabisan kepada soalan hamba Allah tadi, namun tidak. "Munafik betul kau ni, ada presentation baru nak pakai jubah". Merah padam saya kerana disamakan dengan golongan yang dilaknat Allah. Tapi, atas dasar menghormati sesama rakan, saya khabarkan yang saya selalu berpakaian begini. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu.

 Hadis Rasulullah SAW yang ertinya :

"Berawal Islam itu dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti awalnya. Maka beruntunglah mereka yang asing, yang cuba memperbaiki apa yang dirosakkan manusia"

Jelas sekali. Mendengus juga saya bila kembali pulang selepas membeli lauk-pauk tadi. Tapi cuba saya tenangkan hati, semoga hidayah Allah sampai kepada rakan tadi. 



Gambar hiasan

Petangnya, ke kelas seperti biasa. Rakan yang sama membentang, juga sama kelas petang, masih berjubah. "Habis khutbah ke bang?" "Kau ada program nikah eh?" "Ni mesti ada niat nak jadi khatib ni" "Bukan hari ni hari Selasa ke? Buat apa berjubah?" 

Itu antara statement yang dapat saya recall. Haih entahlah. Mungkin bagi mereka, pakaian itu sesuai untuk majlis agama semata-mata. Dari segi pakaian yang menjadi pakaian Nabi pun kena kritik, apatah lagi yang lain. Apa pun, saya harapkan yang terbaik buat saya dan rakan saya itu, juga kepada mana-mana yang masih tertutup. InsyaAllah.

p/s: Niat di hati tadi nak pakai celak, tapi terbantut sebab tiada. Rasanya kalau pakai mungkin dah dituduh amal ajaran sesat. Islam dah semakin asing. 

Friday, June 21, 2013

Universiti: Pusat Penyembelihan

Setiap kali kelas agama, ustaz saya sering mengulangi frasa ini, "Universiti adalah pusat penyembelihan". Statement ini diambil daripada Abul 'Ala al-Maududi (terima kasih kepada blog Sawalliyati Abd Saleh). Saya fikir punya fikir, baru dapat. Nyata Ustaz saya ini bukan calang-calang. Beliau mampu huraikan kenyataan itu dengan pandangannya yang bagi saya walau sarat dengan humor, tetapi penuh dengan makna. Sinis.

Berikut adalah petikan ucapan tokoh tersebut:

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."


Saya tidak terkejut dengan ungkapan sedemikian. Jika diperhatikan, anak-anak bangsa kini (khususnya yang masih belajar) di'hidang'kan dengan sistem pendidikan bercorak peperiksaan. Mahu tidak mahu, tekun jugalah belajar (lagi-lagi jika ada peperiksaan) kerana kalau tidak, siapa yang mahu bayar semua pinjaman biaya belajar di menara gading. Saya tidak nafikan, wujudnya Universiti sebagai medium untuk seseorang (pathway) menjadi 'seseorang'. Maknanya, kalau dia nak jadi doktor, harus belajar tinggi-tinggi sampai 6-7 tahun, jadilah dia seorang doktor, mahupun apa saja yang dia mahu.

Maksud tokoh sebenarnya bagi pendapat saya, sistem ataupun nilai Islam itu dipinggirkan. Contoh, pada usia kecil dan muda, anak-anak ini sepatutnya belajar ilmu-ilmu agama yang lebih mendalam, hadis, tafsirannya, dan sebaiknya menjadi Hafiz. Namun, bila dimomokkan tak maju kalau tak masuk sekolah, waktu itu kita gelabah. Sebab itulah berbondong-bondong mak bapak hantar anak belajar sana-sini, dengan tuisyen dan kelas tambahan lagi. Itu semua akhirnya menyebabkan anak-anak ini jauh dari agama. Tak dinafikan, ramai yang mempunyai ilmu (terutama pelajar madrasah, SMKA ataupun sekolah-sekolah lain tidak terkecuali), namun kita dapat lihat akhirnya, sikap penting diri yang muncul kerana ada yang beranggapan, "kena score tinggi-tinggi, lantak orang nak cakap apa janji aku dapat kerja".

Gambar hiasan

Saya tidak terkecuali dalam hal ini. Kadangkala, sanggup tak pulang jumpa ibu bapa sebab nak belajar, sibuk alasannya. Aduh, sedih bila kenang balik mak cakap, "Baru kelmarin balik sini, nak tengok muka kau pun tak puas lagi". Nilai-nilai yang terpaksa dikorbankan untuk nilai-nilai yang lain. Hampa.

Kalau kita cakap tu, susah betul nak layan. Gelak sendiri bila kawan-kawan serumah ada peperiksaan, kita tiada. Kita tanya sepuluh patah, dia tak jawab. Perlahan saja dengar, "hmmm." Maka benar katanya, "Universiti Pusat Penyembelihan"

p/s: saya juga mangsa. harap-harap diri ini ada sisa kekuatan agama. biar nilai-nilai baik jadi sikap, dan amalan. 


Tuesday, June 4, 2013

Diam

Lama senyap? Itu betul. Otak tengah pusing-pusing fasal perkara-perkara picisan. Bertemu semula kita Insya-Allah. *senyum*