BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 4, 2011

Penipuan "Holy Warrior", Manipulasi Barat

Assalamualaikum. Semalam saya berjumpa dengan abah saya di Nilai. Lama juga tidak berjumpa. Ada dalam 5 bulan. Kata abah, cepat-cepat ambil lesen, boleh dapat motor sebiji. Alhamdulillah, saya harap abah pegang kata-katanya untuk memberi saya sebuah 'Scrambler' jenama Kawasaki. Tak silap saya, KLX150S. Tapi, entah bila saya berpeluang belajar motor yang menggunakan 'clutch'. Tak pandai! Nanti-nantilah.



Sebenarnya, saya nak ceritakan tentang sebuah rancangan yang saya tonton di pakej televisyen berbayar. Tajuknya, "Holy Warrior". Saya tertarik menonton cerita ini sebab ia perihal Perang Salib. Tetapi, input yang saya dapati kebanyakannya dimanipulasi oleh pihak Barat. Mari kita lihat contohnya.

1. King Richard pada awal ketibaannya jatuh sakit. Diceritakan bahawa King Richard mahu berjumpa dengan Salehuddin Al-Ayubi untuk berdiplomasi. Tahu apa ulasan seterusnya? Digambarkan Salehuddin Al-Ayubi menolak idea diplomasi King Richard kerana tidak suka akan diplomasi sedangkan Salehuddin Al-Ayubi merupakan tokoh Islam yang sangat berpegang kepada agama. Dalam peraturan peperangan Islam sendiri, Islam meletakkan bahawa sekiranya pihak musuh ingin berdiplomasi, itu merupakan jalan terbaik. Sahihkah? Fikirkan.



2. Dalam pada masa yang sama, King Richard sakit tenat di Acre. Salahuddin memberi hampir 100 000 ekor kuda dan buah-buahan buat King Richard cepat sembuh. Ulasannya mudah. Salehuddin Al-Ayubi mahukan King Richard segera pulih untuk dibunuhnya seberapa segera. Astagha. Buat baik pun salah. Heh.

3.Sebaik sahaja King Richard pulih, dia menyerang kubu Islam di Acre dengan serangan yang sangat ditakuti(ya iyala). Ulasannya, tentera Islam dibiarkan berkubu tanpa sebarang bantuan oleh Salehuddin Al-Ayubi kerana beliau mahukan tentera Islam di situ mati. Na'uzibillah. Walhal, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa nyawa 1 orang umat Islam itu lebih penting daripada Ka'abah. Masakan Sultan Salehuddin Al-Ayubi sanggup membiarkan tenteranya di Acre syahid tanpa bantuan?



Sedar atau tidak, kekuatan media memberikan peranan kepada pihak Barat dalam usaha memanipulasikan fakta sedia ada. Tak silap saya, dokumentari yang diarahkan Coli Sammons ini ada 7 rujukan. 6 dari Barat, 1 dari Syria. Bukankah ia berat sebelah? Anda fikir-fikirkan. Salam.

p/s: Pada akhir Perang Salib, diplomasi digunakan kedua-dua pihak, oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi dan King Richard The Lionheart. Kedua-dua pemimpin itu sebenarnya sangat menghormati antara satu sama lain sehinggakan kedua-duanya mengiktirafkan kekuasaan masing-masing di Timur dan Barat.

1 respon:

Hiz'da said...

sultan salehuddin?

xP