BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Pencipta Manusia

Salam sejahtera buat pembaca. Hari ini saya tidak punya buah fikir yang menarik untuk diutarakan. Sekadar berbincang tentang sebuah novel karya Faisal Tehrani; Tuhan Manusia. Alhamdulillah syukur saya dapat menghabiskan pembacaan sebelum sibuk ke hulu dan ke hilir dengan pelbagai perkara yang perlu dilunaskan. Dalam novel ini, penceritaannya berkisar tentang situasi kebebasan beragama di Malaysia. Melalui novel ini juga saya dapat kenalpasti permasalahan yang berlaku dalam dunia remaja yang serba-serbi dikelirukan.

Hah. Rakan-rakan saya di sekolah tempoh hari sering menyatakan yang ini tak boleh, yang itu tak boleh. Boleh apa? Saya senaraikan ya. Jangan ikut lirik lagu-lagu Lady Gaga yang pelik-pelik, jangan sokong Katy Perry, simbol mata dengan segi tiga, dan macam-macam lagi. Aspek penceritaan berkaitan perkara itu tidaklah ada dalam novel intelek karya seorang novelis yang saya minat ini, tetapi daripada sebab, orang yang menyebabkan serta cara menyebabkan ideologi ini digalurkan dengan baik dalam novel ini.



Apa bendanya tu? Pluralisme. Ideologi ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam kini kucar-kacir. Maka tidak hairanlah ramai yang tidak kuat iman memilih jalan untuk murtad. Pluralisme mengamalkan dasar liberal dalam agama. Dikhabarkan, semua agama adalah sama, kalau buat baik, dapat masuk syurga tidak kisah agama apa-apa pun. Seharusnya sebagai umat Islam, kita sebetulnya harus berpegang kepada konsep Yang Esa, maknanya, tidak beranak dan diperanakkan. Masalahnya wujud antara kita yang terpesong akidahnya seperti mana pengasas dan pengikut konsep Bahaisme, Qadiyanisme, Agama Langit dan macam-macam lagi.

Seterusnya, novel ini mengikis sedikit demi sedikit rahsia agama baru ini yang kononnya penyatu kepada semua agama. Yang jernihnya, konsep ini merupakan agenda pihak Barat dalam mengikis iman dalam umat Islam terutamanya. Pada akhir novel, barulah saya terbaca akan perkataan yang selalu disebut-sebut rakan-rakan saya dahulu, Friemaisen*.

Cukup-cukuplah menjadi pengulas novel, saya sarankan agar kita berusaha mengelakkan apa yang berlaku di Turki terjadi ke atas semua negara Islam di dunia. Semoga berjumpa lagi nanti! Assalamualaikum.

* Sila baca, bukan eja untuk mengelakkan saman manusia.

p/s: Tahniah kepada Harimau Malaya! Terima kasih membaca entri terakhir(seketika) kerana saya ingin melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menjadi pelatih di Kem PLKN De Bana, Jempol, Negeri Sembilan. Saya mohon kebenaran daripada saudara Faisal Tehrani untuk menerbitkan entri ini ya. Harap-harap saudara tidak mempunyai masalah seandainya membacanya.

Monday, December 27, 2010

Bukan Setakat Berlutut

Hah. Semalam sewaktu pulang dari kampung, lebuhraya seakan-akan padat dengan pengguna. Salah waktu pulang rasanya. Sebab, waktu hujung minggu begini, kalau petang orang sibuk pulang ke kota dari kampung halaman masing-masing. Lagi-lagi selepas perayaan Hari Natal semalamnya. Fuh. Sesak.

Perjalanan pulang dari Bentong ke rumah saya memang indah pemandangannya. Perjalanan turun dari Genting Sempah ke Gombak menampakkan keindahan ciptaan Illahi. Tetapi, keindahan itu terganggu-gugat dengan kesesakan jalanraya.

"Kak, kita salah time la"
"Akak ikut cakap mak je. Redha je la."




Sakit mata juga menghayati petang-petang begini dengan kesesakan. Terhenjut-henjut kereta nak bergerak. Perlahan habis. Tetapi, ia hanya sementara. Sekejap ada, sekejap tiada. Sampai di satu tempat, kelihatan beberpa buah kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang.

"Oo... Malam ni Malaysia lawan Indonesia lah"
"Patut la jem"

Baru saya ingat pada malamnya akan berlangsung satu pertandingan bola sepak antara dua negara yang berkait rapat di nusantara. Ingat lagi kereta yang diparkir hampir 2km dari Stadium Putra. Jauhnya. Tapi, saya sangat berbangga dengan semangat penyokong ini kerana bukan senang nak kumpul hampir 70000 penyokong Malaysia sekaligus. Kalau adapun, penyokong Red Warrior yang memang fanatik.



Jadi, saya yang tidak berkesempatan ke sana hanya menyaksikan perlawanan itu dari rumah. Nasib baik hujan lebat yang berkemungkinan disebabkan proses tolak hujan di kawasan Bukit Jalil dan kawasan kenduri kendara beransur reda, boleh juga saya saksikan perlawanan itu secara siaran berbayar.

Ribuan penyokong Malaysia yang rata-rata berbaju kuning sangat menghangatkan suasana di stadium. Walaupun saya tiada di tempat kejadian, tetapi saya mengerti perasaan berada di sana atas sebab pengalaman yang ada sewaktu masih pucuk dahulu. Keinginan penyokong memberikan sokongan sememangnya membuahkan hasil yang ditunggu-tunggu apabila Malaysia menang dalam final pertama Piala Suzuki AFF dengan agregat 3-0. Alhamdulillah syukur atas kejayaan itu. Cuma sakit hati dengan segelintir penyokong yang suka-suka mencarkan laser pada penjaga gol Indonesia. Sudahlah mamat itu kecoh. Nasib baik gangguan itu dihentikan segera sebelum terlambat. Tetapi, ada juga rasa geli hati atas tindakan penjaga gol lawan itu yang terlalu kecoh fasal laser sampaikan bolos tiga gol. Hah. Padan muka.



Jadi, saya dapat rasakan kemenangan akan berpihak kepada Harimau Malaya atas kelebihan strategi, gol dan kemampuan. Harap-harap semangat yang ada pada pemain kelmarin dapat dijelmakan lagi di Stadium Gelora Bung Karno nanti. Kali ini, kredit saya untuk penyerang, Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali yang mantap menyerang, gerakan S. Kunanlan, bek-bek yang mantap serta penjaga gol. Ternyata perkahwinan Talaha memberikan semangat kepadanya.

Yang lagi satu, fasal pelakon Indonesia yang 'struggle' ke Malaysia bagi menyokong pasukan Garuda itu. "Saya mahukan pemain-pemain Malaysia berlutut atas kekalahan mereka". Itu kata-kata Rachel Maryam yang saya rasa cukup menggelikan hati saya selaku peminat pasukan Harimau Malaya. Kalau dapat jumpa dia, saya nak kata, "Kak, pemain Malaysia bukan aje berlutut, siap sujud syukur lagi atas kemenangan 3-0".

p/s: redha ya Rachel.

Kain 'Good Morning' Pertama

Assalamualaikum buat semua. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam entri terbaru saya. Lama juga saya tidak berpeluang memperbaharu blog ini kerana sibuk ke Pahang, kampung sebelah ibu. Biasalah, kalau tiada sebab, buat apa pulang ke kampung, baik goyang-goyang sahaja di rumah.

Kali ini, anak mak cik saudara saya yang melangsungkan perkahwinan. Orang kita kata, nikah gantung(nikah dulu baru majlis), sedangkan salah(nikah dulu, tapi tidak bersama sebaik selesai proses pernikahan). Pedulikkanlah tentang isu itu, janji halal.

Mak cik yang mana? Hah. Yang ini masalah sedikit nak diceritakan. Asbabnya, keluarga sebelah ibu saya sangat besar. Memanglah keluarga semua pembaca juga besar, tapi senang cerita, saya masih ada moyang. Dan saya pula sudah ada anak buah. Apa maknanya? Fikir sendiri. Keturunan yang telah enam generasi ini memang besar sehinggakan ada masanya saya tidak mengenali siapa datuk, nenek, pak cik, mak cik, sepangkat, anak buah yang berstatus saudara.

"Hah. Yang itu atuk Ungga, sobolah eh nenek Ungga"
"Hah?"
"Apo laie, salamlah"

Macam itulah lebih kurang. Kita sambung fasal kenduri balik. Yang empunya majlis, Mak Long Ani, anak kepada Wan Angah, adik kepada Wan Kiah, iaitu wan saya. Yang kahwin anaknya, berpangkat akak saudara saya(lain daripada cara pangkat orang Jawa sebelah abah). Hari saya sampai, pagi Jumaat memang tidak ada banyak sangat kerja yang dilakukan. Yalah, masing-masing belum lagi bertindak di bahagian yang diarahkan ketua tukang masak.


Dari kiri; Wan saya, sepupu, moyang saya

Usai jemaah Jumaat, saya bersama pak cik terus ke rumah majlis untuk aktiviti memotong daging. Jangan tanya saya pandai atau tidak, sebab pengalaman untuk itu tiada. Kerja saya, mudah. Cuma tolong angkat-angkat barang, bancuh-bancuh air, basuh-basuh pinggan. Malamnya saya berpeluh juga menolong pak cik membasuh pinggan yang bertimbun. Dengan cawan dan pinggan yang bercampur, entah apa-apa. Lantaklah.
"Esok aku nak rehat".



Keesokannya, memang benar saya santai-santai asbab kumpulan belia kampung ini sudahpun bekerja. Dapatlah juga topi cantik ala-ala orang Viet dan kain tuala 'Good Morning' yang dihadiahkan untuk penanggah lelaki. Cuma paginya sahaja sedikit capek membantu ibu bakar belacan, bikin air kopi sejuk, dan diakhiri dengan menonton orang pakar hias hidangan makan beradap.

Selesai itu, saya hadir ke majlis pada petangnya untuk makan-makan. Memang cantik si pengantin dimekab oleh yang pakar, adik pengantin. Walaupun sedikit terkelu melihat gayanya yang semakin agar-agar, tapi tak apalah, saudara juga. Majlis berjalan baik tanpa ada sebarang masalah. Jadi, tidak ada pun yang menarik dalam entri saya kali ini. Sekadar ingin mencoret kenangan di tempat yang sepatutnya.

p/s:kurang idea lah. tidak ada banyak kenangan yang menyeronokkan sangat. biasa-biasa aja.

Thursday, December 23, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku

Salam alaik. Hari ini, saya terbaca cerita menarik dalam akhbar tempatan. Biasalah, nafsu tidur di rumah sudah tidak terdidik dengan kelongsong jadual yang tidak berobjektif. Kalau dahulu, puas ditahan biar kelopaknya tak terjatuh, gara-gara tekanan peperiksaan. Bangun dari pembaringan yang lusuh itu, saya terus mengerjakan rutin hari-hari. Buang sampah, sidai kain dan tak tertinggal, angkut air dari dapur ke hadapan. Entah bila hendak diganti oleh pemilik akan kebobrokan paip besi karat itu.

Emak yang melihat saya terbuai dek cerita pada skrin televisyen meminta saya mengambil akhbar langganan keluarga(kedai lebih tepat) di kedai jiran sebelah. Bonjolan agak besar pada lipatan sarung tidak menghalang saya untuk mara mengambilnya. Dah tak malu. Hah, 50 langkah cuma. Rasanya lagi kurang. Emak sekarang sudah tukar citarasa. Kalau dahulu, Berita Harian jadi buruan. Sekarang, emak lebih gemar membaca Metro Harian. Tak kisahlah, asal berita.



Rancangan NCIS dan House yang berbayar di ruang hadapan rumah menggamit saya untuk tersangkut di sofa empuk itu selama 2 jam hampir. Minat saya pada cerita itu adalah kerana jalan cerita yang biasa diuar-uarkan mat saleh, bertambah-tambah walaupun caranya lebih kurang rancangan Gerak Khas terbitan/arahan Datuk Yusof Haslam. Capek meladeni cerita itu, saya mula membuka akhbar yang diambil tadi untuk menghilang rasa bosan di rumah sendirian. Seperti biasa minat anak jantan, yang belakang dulu kita belek. 'Kami Ngak Gentar'. Itu tajuk paling besar saya kira di petak belakang akhbar tersebut. Ulasan penulis ruangan itu memang membuatkan saya tertarik untuk membacanya. Ucapan itu kononnya diucapkan oleh Nor Shahrul Idlan Talaha, penyerang Malaysia bernombor 9 dalam ulasannya terhadap final Piala Suzuki AFF menentang Indonesia.



Saya rasa, taklah sampai anak Kelantan itu meniru slanga orang seberang. Yang tukang tanya itu yang lebih. Tapi, tahniah juga sebab berjaya menarik saya membaca artikel anda. Macam promosi akhbar itu pula, sebenarnya saya bukanlah ingin bercerita tentang biodata pengarang, mahupun status penyerang itu yang bakal berkahwin Sabtu ini. Tetapi, sejauh manakah kemampuan pasukan negara dalam usaha memenangi pertandingan yang berprestij(agaknya) itu.

Saya ingat lagi, sewaktu pertemuan Malaysia-Indonesia tempoh hari, walaupun saya kalut menelaah pelajaran untuk peperiksaan, sempat juga saya dan teman keluar ke kedai makan Yang Sofy(terkenal di Taman Cempaka, Ipoh) untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Namun, hanya kekecewaan, ditambah dengan 0% idea untuk peperiksaan yang dapat dibawa pulang. Mana tidaknya, kesungguhan itu tidak berbaloi dengan usaha pemain yang berjaya menambahkan gelora 'sakit hati' dalam diri peminat tanah air. 5 kali bolos pada saya bukanlah perkara yang biasa, tambahan pula hanya berlawan dengan negara sekitar Asia Tenggara.



Namun, mahu tidak mahu, semangat anak watan masih ada dalam diri peminat sukan tanah air ini yang menyaksikan perjuangan Malaysia seterusnya sehinggalah sampai ke final kejohanan. Tahniah saya ucapkan atas strategi yang mantap di sebalik badai kecederaan yang melanda para pemain utama. Perlawanan menentang Vietnam contohnya, memberikan gambaran yang sebenar tentang kepakaran Rajagobal dalam mengatur strategi. Saya rasa, idea beliau boleh digunapakai pemain Malaysia dalam final nanti dengan syarat tidak suka-suka buang bola untuk lontaran ke dalam. Rugi chek... Baik belajar cara menghantar yang lebih baik kepada pemain penyerang yang saya rasa memang handal kalau nak berlari satu padang tanpa dapat bola yang seringkali singgah ke kaki pertahanan lawan.



Ini lagi satu, fasal peminat. Kalau anda baca atau dengar, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mahu lebih dua juta rakyatnya di negara ini menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai 'lautan merah' pada final pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini. Pada mulanya, saya memang dah agak perkara ini akan berlaku dan ingin menulis lebih awal dalam blog ini untuk menyeru rakyat Malaysia membeli semua tiket perlawanan akhir. Nasib baik pihak pengurusan FAM bijak dan hanya memberikan kuota 15500 tempat duduk untuk peminat fanatik Indonesia. Itu pun sebenarnya dah banyak sangat. Baik jual 100 tiket saja, biar ber'GELORA BANG NO' Stadium Putra dengan kemantapan suara penyokong Malaysia nanti. Tapi saya yakin, tiket berjumlah 75500 itu akan habis juga dan pastinya membuatkan pemain-pemain tempatan bersemangat memenangi final pertama nanti.

Cuma satu sajalah, kalau dah sibuk bertempik nanti, jangan pula dibalingnya penjaga garisan dengan botol-botol, biarlah dia dapat jumpa semula keluarganya apabila pulang bertugas malam itu ya.

p/s: suka pada aksi Khairul Fahmi.

Wednesday, December 22, 2010

Kalau Betullah Sardin, Kaya Syarikat

Semalam saya ke Midvalley Megamall untuk berjalan-jalan dengan teman saya. Tujuan sebenar saya adalah untuk menonton cerita baru Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bersifat jujur, benar saya minat akan filem garapan beliau yang saya kira banyak memberikan manfaat dan teguran kepada masyarakat. Cara yang sama juga disampaikan oleh beliau menerusi filem ini yang mana mesej-mesej tetap terselit walaupun lawaknya tak habis-habis. Teman saya kadangkala canggung akan sesuatu babak yang pada hematnya, tidak bermakna, walhal sangat mendidik.



Sebenarnya, bukan sinopsis cerita itu ingin saya sampaikan dalam wacana kali ini. Idea saya kali ini lebih kepada situasi yang dialami oleh pengguna komuter KTM Berhad. Faham-faham, saya ke sana dan pulang dari sana menggunakan transpor yang sama. Nak dijadikan cerita, sempatlah juga saya singgah ke rumah mak ngah sebelum berlepas dari Stesen KTM Padang Jawa. Memang selesa sangat-sangat. Apabila tiba di Stesen KL Sentral, saya rasa syukur kerana jumlah pengguna tidaklah seperti 3 bulan yang lepas, kali terakhir saya menggunakannya. Padat. Tetapi kali ini, walaupun memilih untuk berdiri, saya tidaklah terlalu ditekan oleh kepadatan yang pernah saya lalui sebelum ini.

Sebaik puas menonton di panggung, beli sedikit barang dan novel karya Faisal Tehrani, saya fikir dapat saya pulang dengan keadaan yang lebih kurang dengan tadi. Rupanya, tidak seperti yang saya harapkan. Tempoh menunggu yang 30 minit itu tidak berbaloi kerana terpaksa berhimpit dengan pengguna lain ke Stesen KL Sentral. Fikir saya, tentu situasi sama berlaku di sana. Jadi saya andaikan lebih baik saya ke Stesen Kuala Lumpur untuk dapat naik tren pulang, daripada tidak. Alhamdulillah syukur, mudah saya dapat tempat di dalam tren tersebut. Namun, saat tren itu masuk ke kawasan turun naik penumpang di Stesen KL Sentral, bilangan pengguna melebihi bilangan kemampuan tren tersebut. Nasib baik saya sudah di dalam.



Tetapi, dek kepadatan pengguna di luar tren, kawasan turun naik tren ini seolah-olah semacam alveolus yang mana menjadi tempat tukar oksigen-karbon dioksida. Namun, bilangan yang terlampau ramai ini menjadikan tren ini seolah-olah sel tumbuhan yang padat dengan air tanpa pecah(rigid). Berpusu-pusu yang masuk sampaikan kepuasan filem tadi semacam hilang dengan keriuhan yang berlaku. Macam-macam ragam saya lihat. "Why can't you all masuk? Apa problem you all ni hah?", suka hati campur bahasa. Akak, saya sebenarnya nak jawab, "Dalam ni dah padat macam sardin la kak oi. Akak ada duit lebih tak? Apa kata kalau ada, akak beli tren sendiri." Belum kira lagi benggali-benggali putih, negro dan pelbagai lagi warga pelancong yang turut sama tersepit dalam keramaian. Saya pun samalah. Kenalah juga tumpang dagu pada bahu abang Bangladesh mana entah bagi menghilangkan kepenatan mendongak. Terima kasih ya.

Pak Lah pun dah cuba kepadatan yang berlaku semasa pentadbiran beliau

Tapi yang saya peliknya, perhentian bagi komuter ini ditambah. Patutlah setengah jam nampak satu. Lagi satu, bilangan pengguna yang bertambah tidak dikendali dengan jumlah tren yang sepatutnya. Bayangkan, kalaulah begini situasinya tidak berubah, masakan tambah ramai pelancong datang ke sini? Yalah, kata orang, lebih baik sistem pengangkutan sesebuah negara, lebih ramai pelancongnya. Patutlah negara-negara Eropah padat dengan pelancong. Asal mesranya layanan dan khidmat, pastinya saya sendiri pun terpaut. Bukan hendak kritik, sekadar beri pandangan, saya harap pihak pengurusan dapat tambah baik sistem ini. Kalau kita mampu tambah stesen yang digunakan untuk perhentian komuter ini, perkenal perkhidmatan tren elektrik (ETS), tambah lagi dengan projek transit aliran massa (MRT) dan kereta api berkelajuan tinggi, apa salahnya tambah-tambah bilangan tren untuk berkhidmat.

Monday, December 20, 2010

Adik Adam Hariz bin Ahmad Fadzil

Salam bicara. Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mencurahkan sedikit idea yang terbuku di hati. Pada malam kelmarin, saya berada di rumah saya di Sabak Bernam, yang baru dimiliki oleh kami sekeluarga. Hari yang sama, keluarga mak cik saya menjadi tetamu kami. Keluarga yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga itu cuma hadir tiga, si suami dan isteri, bersama Adam, seorang anak kecil yang saya kira cukup menggamat suasana. Dalam hati saya, kehadiran anak kecil ini dalam keluarga mak cik saya sangat memberikan keceriaan bukan sahaja kepada keluarga mereka, malah serimbun keluarga daripada moyang kepada wan, daripada wan kepada ibu, dan daripada ibu kepada saya.



Kehadiran Adam dalam keluarga Mak Chek Ayu sememangnya memberikan kesan kepada saya sebenarnya. Takrifan itu saya berikan atas alasan yang kakak saya sudah berpengalaman merasainya. Anak kecil itu selepas keluarnya dia diberikan kasih sayang yang cukup oleh ibu bapanya. Pak cik saya cukup senang dengan memberikan anaknya itu dengan dendangan sura-surah al-Quran ketika anak itu mahu tidur. Yang pastinya, si Adam ini nyenyak tidur dengan diiringi oleh alunan suara ustaz-ustaz yang membaca surah-surah al-Quran itu. Pada saya, cara didikan keluarga ini kepada si Adam sangat istimewa. Mungkin kerana pasangan itu cukup garam dalam mendidik anak-anak mereka yang tiga orang yang sudah besar panjang.

Berbalik kepada hari itu, anak kecil itu memanggil saya abang Haziq. Ternyata dia ingat akan saya walaupun kerap juga saya ke kota utara untuk belajar. Umurnya yang setahun ada lebih sedikit tidak menghalangnya daripada bercakap-cakap seolah-olah faham akan kehidupan sebagai manusia. Saat hadiah yang dihulurkan kepada ibu saya oleh mak cik dibuka perlahan, Adam bersuara dengan pelat bayi, "Ya Allah, cantiknya".
Terkejut juga saya. Pandai sudah anak ini berbicara sedimikian rupa.



Sebaik sahaja pulang dari rumah hujung minggu itu, kecoh dalam kereta akak perihal anak kecil itu. Akak ada cerita, si Adam itu sangat bijak. Ada sekali, bapanya membelikan dia sebuah basikal. Akak yang melihat, perasan akan karenah anak itu. Adam melompat-lompat girang, sambil berkata, "Ya Allah, terima kasih abah". Itu membuatkan akak saya terkejut. Tambah Adam lagi, "Terima kasih abah, abah dah belikan Adam basikal, Adam dah ada basikal. Terima kasih abah". Kalau diikutkan saya yang tidak ada di tempat kejadian, memanglah saya tidak percaya. Masakan anak sekecil itu mampu berbicara dengan baik bahasanya disulami dengan kesantunan terhadap bapanya.



Mungkin ada antara anda berfikir, apa ke halnya saya bincangkan hal ini. Ada sebabnya. Anda perasan atau tidak, mengapa kalau kecil-kecil, anak-anak mahu menghormati ibu bapanya, tetapi apabila besar, entah apa-apa. Saya bukan nak kata anak Adam ini sedemikian rupa apabila besar nanti, tetapi sekadar lakukan refleksi diri. Andai anda tidak dalam kategori tersebut, tahniah. Tetapi, mengapa masih ada lagi anak yang memukul ibu bapanya, menghumban ibu bapa ke rumah kebajikan, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa sendiri. Kenalan saya, diceritakan pernah mendapat anugerah budak sopan di sekolah, tetapi pada hakikatnya di rumah tidaklah begitu santun kepada ibu bapanya sehinggakan pernah menyebabkan orang tuanya menitiskan air mata. Apa salahnya mereka, sedangkan merekalah yang sepatutnya disayangi oleh kita sepenuh hati. Jadi, harapan saya menggunung untuk anda berubah, termasuklah saya yang menasihat, supaya sayangilah ibu bapa anda sebaik mereka menjaga kita. "Allah-humma-ghfirlana-zunubana-waliwalidinawarham-huma-kama-rabbana-soghiro". Anda fahamkan? Renung-renungkan dan selamat beramal!

Thursday, December 16, 2010

Bukit Merah!





Dalam kesibukan melayan orang yang berhati busuk, terlupa pula saya akan tempoh percutian yang saya lalui semasa masa persekolahan tamat. Alhamdulillah, saya turut serta dalam percutian Ahli Majlis Tertinggi Ko-STAR(Ko-op STAR) di Bukit Merah. Macam mana lah pulak boleh tersepit kat situ? Guru-guru koperasi bersetuju untuk membawa sekali pelajar-pelajar projek khas ke sana sebenarnya. Sebab itulah saya dapat 'menangguk' di air yang jernih. Pergi-pergi, orang tak cukup. Ada juga yang tak mahu pergi, alasan keluarga katanya. Tidak apalah, walaupun kekurangan seri dalam percutian ini, trip pergi ke sana bersama Pak Abu sangat menyeronokkan. Lagi-lagi ada Mirza dengan Nas yang suka buat bingit. Sampai-sampai, Pak Abu tinggalkan team yang ke sana menaiki van sekolah di pintu masuk Laketown Resort. Usai solat Asar, kami diambil guru-guru terus ke apartmen yang ditempah semalaman. Kondisi apartmen itu cukup baik, cuma mungkin kepadatannya membuatkan saya terpaksa berhimpit dengan Zahrul. Mana tidaknya, rakan yang kecik-kecik sudahpun menawan katil queen size dalam sebuah bilik. Terpaksalah menjadi seperti orang bujang tak cukup katil bujang. Pukul 3 lebih rasanya baru terlelap.

Esoknya, cikgu Shahnun yang berkorban lagi dengan memilih untuk tidur di ruang tamu keluar awal mancari sarapan. Selepas Subuh, puas bergusti di atas katil hotel. Selepas itu, enjoy time! Maka berkubanglah anak-anak STAR ke dalam tapak perkubangan terkenal itu. Macam-macam saya rasa, dan yang paling luar biasa saya layan ialah 'Boomerang'. Memang layak tapak itu mendengar jeritan saya. Mana tidaknya, menjunam laju ke bawah. Kalau hati boleh tercabut, mahu tertinggal kek akak yang jago tompek tu ha. Selesai bergurau-gurau dengan cikgu-cikgu dengan rakan-rakan di 'River' yang berfungsi seolah-olah sungai, cikgu Hafiza belanja saya dan rakan-rakan menaiki 'Chairlift'. Ingat murah, rupanya satu seat RM7. Terima kasih ya teacher. Memang terbaik.

Selesai berkubang, kami semua singgah di rumah atuk Hanif di Semanggol tidak jauh dari situ untuk makan tengahari. Hubungan akrab yang dijalinkan kami dengan keluarganya dalam tempoh semalaman selepas ber'BBQ' di sana membuatkan hati berat untuk meninggalkan atuk Hanif yang puas menceritakan perihal sejarah kepada kami. Sesungguhnya cerita tok wan sentiasa dalam ingatan. Dalam pukul 5 lebih, kami selamat tiba di STAR dengan kenangan yang pastinya kekal dalam ingatan. Terima kasih cikgu.

TQ diucapkan kepada Cikgu Faizah atas jemputan, Cikgu Shahnun atas hiburan dan pengangkutan, Cikgu Suzana atas ayam peram yang sungguh menyelerakan, Cikgu Hafiza atas wang yang dibelanjakan, Cikgu Hasliza atas gurauan, Cikgu Fazlin yang sudi ambil rakan. Rakan-rakan semua, Azri, Mirza, Azin, Nas, Hafiz, Haikal A, Haikal R, Zahrul, Lan, saya akan ingat tempoh singkat itu sebagai satu kenangan sepanjang zaman.

Monday, December 13, 2010

Apa ni?




Ini sekolah saya.

Ini merupakan kali pertama saya memberikan komen kepada manusia lain. Baru saya tahu apa perasaan orang yang dihina oleh seseorang yang tidak diketahui asal-usulnya. Kalau ikutkan perasaan, memanglah tidak dapat ditahan dengan senang-senang. Sesungguhnya dia telah menyakitkan hati ramai orang.

Nak dijadikan cerita, nama STAR merupakan post yang mula-mula diterbitkan. Serius saya memang sensitif. Ada ke patut dia post cerita pasal sekolah orang kat blog dia. Memang dasr takda keje lah tu. Dia kata STAR ni buruk walaupun dekat bandar. Haha. Dia tak pernah masuk pun sebenarnya. Tahu mengata aje. Dia cabar STAR dapat SBT dalam masa terdekat. I hope that SHE will be pleasure with our achievement for this year. Kalau dia baca, saya harap dia dapat tahu saya tak merokok untuk katakan 'rokok? xyah ckp ahh! bapak ramai! if you have any friends there, ask them..."kau rokok x?"....sekolah ke mcm ni?'. And yet, dia kurang pandai dalam mengeja 'premier'. Saya harap dia dapat belajar bahasa semula kerana bukan salah cikgu mengajar, tapi salah dia menerimanya.

Sabar aje. Harap-harap dia berubah. Salam.

Friday, November 19, 2010

Hari Mengorbankan...



Atas permintaan, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku di STAR tempoh hari. Semalam, pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis korban yang julung-julung kali diadakn selepas kali terakhir diadakan pada tahun 1999. Kali ini, pihak sekolah membuka peluang kepada semua lapisan warga STAR untuk menyumbang ataupun mengambil bahagian dalam majlis korban ini. Hampir 28 orang yang mengambil bahagian dalam majlis ini yang menghimpunkan 4 ekor lembu untuk ditumbangkan.

Apa yang kami lakukan, saya ingatkan cuma mengangkat barang sana-sini, tolong tanam bahagian tak diperlukan ke dalam lubang dan lain-lain. Namun, sebahagian besar pelajar F5 diberikan peluang untuk terlibat dalam proses menumbangkan lembu, melapah sehinggalah membungkus daging-daging ke dalam bungkusan-bungkusan plastik.

Ternyata, ini anatara peluang keemasan bagi sebahagian besar antara kami yang sebelum ini sekadar menjadi tetamu kehormat(penonton) dalam setiap majlis korban. Pada majlis itu, saya juga sempat mengasingkan tulang-temulang lembu untuk dijadikan sup pada petang itu buat pelajar F5. Jadi, apabila makan malam tiba, satu menu baru wujud iaitu, SUP GEARBOX!

Saturday, October 16, 2010

Belajarlah

Sikit-sikit aku pahamlah.

Ala. Boleh punye. Takyah ar down awal2.

ZzZzZzZz

paman! buat keje!

yelah...

ko kene ingat, oxidation occur kat anion je. senang.

ooo... ok2


Ragam SPM. Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan semeja dengan saya yang banyak memberikan semangat untuk saya terus berusaha. Betul kata orang, hidup tak boleh seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Agaknya, kalau depa takda, aku blajaq tak? Hm...

Sunday, September 26, 2010

STAR Nombor Satu?


Sekarang, hari-hari pelajar STAR mendapat kata-kata semangat untuk cemerlang. Benar. Ayahanda pengetua seringkali melaungkan slogan 'Number One In Malaysia'. Intisarinya cukup jelas sekiranya kita lihat pada slogan itu sendiri.

Aku tak pernah nafikan bahawa ayahanda pengetua yang baru ini rajin. Kalau Subuh, confirm beliau yang jadi imam untuk hampir 7 hari seminggu. Alhamdulillah, andaikata nakhoda sudha sedemikian rupa, anak-anak pelajar juga tidak ketinggalan daripada turut serta berjemaah. Kalau tak turun, DC!

Semalam beliau ada menyatakan bahawa segala-galanya, STAR nombor satu. Ini terbukti daripada pemerhatian aku yang mana terpaksa beraya di tiga buah negeri dalam masa tiga hari. Cuti pendeklah katakan. Tapi sebab nombor satu, kenalah redha. Ayahanda kata kalau orang banyak berikan alasan, bukan nombor satu. Nampaknya, sedikit sebanyak peluang untuk kami menyatakan pendapat semakin mengecil ruangnya.

Aku tahu, aku ni kuat melawan. Tapi sejak peluang untuk bersuara telah aku gunakan tahun lepas untuk menentang dasar pengetua, serik juga rasanya untuk sekali lagi menentang. Cukuplah. Kali ini, aku cuma ingin melihat bagaimana orang-orang di sekeliling aku bertindak dan memutuskan sesuatu. Ada baiknya Tn. Hj. Abdul Hashim dalam usahanya melaungkan slogan tersebut, cuma harap-harapnya biarlah tindakan serupa dengan cakap-cakap. Terbukti juga sedikit-sebanyak, cuma hasilnya, perlu lebih meyakinkan pada masa akan datang. Sekian.

Saturday, August 21, 2010

Now...

skang, dah free...
yes! sori...
aku admit, aku tanak lg dah...
cukup2la...
hahahahaha

p/s:trial agk susa... lg2 bio... mati aq...

Thursday, July 22, 2010

Hmm...

Aku cuba untuk lebih lama berada di samping dia, tapi tak ku sangka, hujan di tengah hari. Belum pun masuk tiga bulan. Tapi kini kami selesa bergelar rakan.

Buat 'u', i tak tahu nak gambarkan perasaan i kat 'u'. its too fast like u said before. i admit. tapi, i akan try my best to be urs. tq.

exam da dekat, tapi aq maseh piker bende nonsense gini. ntahle. bile aq nk sedar ntah. hm...

Sunday, July 11, 2010

Ceramah Mantap

Semalam, satu ceramah telah diadakan di dewan melibatkan pelajar F3 dan F5. Jemputannya sebenarnya wajib pada mulanya, namun cikgu kasihan kepada F5 yang kononnya penat belajar(betul ke? haha). Aku tidak ketinggalan untuk menyertainya, tapi, pada sesi petang, aku ketinggalan kerana faktor sekeliling yang membuatkan aku tololap kek ateh katel. Sudahnya, edisi malam sajalah yang mampu aku sertai.

Dengan perli Alimin(rakan) yang sangat lembut, aku meneruskan niat untuk pergi ke majlis itu. Kerana dasar 'tidak wajib', hanya 1/6 batch F5 je yang hadir. Alasannya, stadi. Hah, melanguk adela. Pada mulanya, seperti biasa persepsi negatif pastinya dimulakan. Namun, penceramah tidak lupa untuk mengingatkan perkara tersebut dalam penyampaiannya. Beliau gunakan firman Allah sebagai pengukuh, lantas membuatkan aku terus mampu teguh di situ.

Dalam slot ini, aku disajikan dengan pemikiran manusia yang sebenarnya perlu dari hati. Kerana dari hatilah manusia berfikir sama ada tindakannya itu untuk Allah atau sekadar duniawi. Dipaparkan juga video bagaimana singa diajar tentang kasih sayang. Singa itu membesar dan dihantar ke Afrika untuk menyelesaikan masalah rumah tuannya yang sempit. Setahun selepas itu, singa itu kononnya telah berubah kepada ganas daripada kekal manja seperti yang diajar tuannya. Apabila kedua-dua pihak bertemu di Afrika, aku ingatkan tuannya akan dingap oleh sang singa. Rupanya dengan ganas sang singa yang diberi nama Christian itu memeluk tuannya seperti mana manusia memeluk manusia yang lain. Baru aku dapat tahu beza antara manusia dan haiwan.

Ustaz Solhi juga ada mengatakan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang sangat bertuah andai kita dari kalangannya. Kenapa? Allah menjadikan haiwan dan diberikan nafsu tanpa akal. Malaikat pula dicipta dan diberikan akal tanpa nafsu. Manusia dianugerahkan kedua-duanya. Maknanya, andaikata manusia bertindak BODOH seperti membuang anak, seks bebas dan pelbagai yang menyebabkan Allah murka, mereka samalah seperti HAIWAN. Jadi, fikir-fikirkanlah sebagaimana saya tersedar hasil ceramah Ustaz tadi. Alhamdulillah, mohon agar istighfar sekiranya sedar dan bersyukur kepadaNya.

Saturday, June 26, 2010

bukan benci, marah iya

ada beberapa perkara cukup tidak saya suka. pertama, bila orang tak kenang budi. kedua, bila orang tak suka saya bersebab. ada banyak lagi sebenarnya, cuma hari ini nak jugalah tekankan lagi satu kategori baru yang digelar, tak suka tak bersebab.

nak dijadikan cerita, saya berkesemapatn berkenalan dengan seorang pembahas sekolah luar. jadi, biasalah saya, suka bergurau dan andaikata terlebih, saya selalu mohon kemaafan. tatkala sekolah saya dijadual bertemu sekolah pembahas itu, saya hairan asbab dia tidak berdebat tetapi cuma duduk di bangku simpanan. biarlah.

sampai di sekolah, saya berbual berkaitan perkara itu dengan kenalan pembahas itu di sekolah saya, tetapi satu perkara yang kurang enak saya dengari, iaitu pembahas itu tidak menyukai star lebih-lebih lagi saya. saya tak tahu apa salah saya sehinggakan dia bertanggapan begitu terhadap saya. saya bukan apa, tidak suka sungguh andaikata ada orang membenci saya. kalau saya salah, mahulah saya pohon kemaafan. masalahnya, cuma gurau sikit yang boleh diterima rakannya, dia tidak terima dan minta maaf saya kepadanya seolah-olah diendahkan. ingatkan marah tang tu je, tak ku sangka hasad itu dibawa lagi.

jadi, buat anda semua, jangan jadi begitu kerana anda akan mengundang orang seperti saya untuk mengumpat anda seperti ini. nak kata saya jahat, tak pernah dan tak teringin pula saya nak mencabul, mencedera mahupun membunuh umat lain. sedarlah diri ye kak! hehehs...

Thursday, June 10, 2010

Dia Milik Siapa?



Dia...
Benarnya, aku kurang mengerti apa itu rasa cinta. Milik siapakah ia? Dan, pada siapakah yang perlu? Cinta pada Allah memang berkuasa. Cinta pada Rasulullah tinggi darjatnya. Cinta pada ibu bapa terjamin besar pahalanya. Pada keluarga apatah pula. Hm. Persoalan aku, apakah benar perlu bercinta?

Rasa pedih dahulu sebenarnya membuatkan aku sangat berduka. Seolah direntap, pedih dan luka andai kata hati ini mampu bicara. Argh. Sudah-sudah. Lupakan semuanya. Fikir saja Allah Subhanahuwatala, Rasul pemimpin umat manusia, keringat ibu bapa membesarkan kita, keluarga yang cukup menyintai ahlinya.

Ibu, andai kata tindakan aku tidak ada benarnya, maafkan aku. Aku juga manusia biasa. Tibanya Dia, mambuatkan aku gembira. Sedikit pun tidak pernah aku nafikan kasihmu ibu. Cuma, aku masih keliru. Moga kasihku pada Dia tidak memakan diriku. Dia juga anak yang setia. Pada ibu bapa hormat kesemuanya. Harapan aku, cuma satu. Dapat berjaya bersamanya, dan cemerlang kami berdua sebagai manusia. Lumrahnya, Dia itu cinta.

Sunday, June 6, 2010

Selamat Tinggal

Hm... Sudah ditakdirkan mungkin, tiada sudah rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke pentas final di PICC. Maknanya, aku secara rasmi mengumumkan persaraan aku dalam bidang perdebatan dalam menyertai mana-mana kejohanan debat selepas ini. Selamat tinggal debat!

Wednesday, May 26, 2010

Isnin Depan!

Sibuk dengan peperiksaan. Tak boleh fokus. Semuanya memberikan seribu satu persoalan buat saya. Hampir dua minggu kami tidak berlatih atas sebab peperiksaan. Benar, SPM lebih penting. Disebabkan itulah hampir dua minggu saya tidak tenang dalam tidur. Mana tidaknya, tidur dalam pukul 1.30 pagi. Bagi orang lain, mungkin sudah biasa. Tapi bagi saya, ini merupakan perkara yang agak baharu. Alhamdulillah dapat saya adaptasi dan akan cuba untuk mengekalkannya dalam perjalanan menghadapi SPM kelak.

Berbalik kepada topik, PPM. Saya rasa pada masa ini sudah tentu rakan-rakan debat sekolah lain sedang menengangkan urat tekak masing-masing dengan berdebat. Sudah tidak lama PPM yang akan berlangsung di SCIPP nanti. Mahu dalam 5 hari lagi. Apabila ingat-ingat balik, ini merupakan pentas perdebatan terakhir saya sebagai pendebat. Sedih juga. Rasa seperti ingin putus bercinta. Sayang saya akan dunia ini terlalu besar kiranya. Tetapi, masih tidak dari permasalahan.

Dengan skop yang lebih mencabar, saya rasakan akan wujudlah perdebatan yang sangat intelek tahun ini. Ada yang saya tak tahu menahu langsung. Tahu sebenarnya, cuma tidak selalu ditekankan kerana kalau di peringkat Debat UIA, politik, ekonomi dan sosiallah watak utama temanya. Dengan tekak yang sangat pedih sekarang, mungkin asbab menjawab peperiksaan di dalam bilik yang sejuk, membuatkan saya masih samar-samar akan prestasi nanti.

Namun, jangan sangka saya mudah mengalah. Saya akan cuba beri yang terbaik buat semua. Alang-alang sudah 'bercinta', biarlah 'hadiah' menjadi buktinya. Buat rakan-rakan di luar, semoga berjaya! Hidup SBP! Yeah...

Monday, May 24, 2010

Pemarah? Perlukah?



Bercakap tentang sikap manusia yang satu ni, pastinya kita pun tak lari daripadanya. Sifat ini sememangnya ada dalam diri manusia yang membolehkan kita tanpa segan silu dan konfiden mengangkat tangan untuk menampar, menempeleng, menumbuk ataupun menyekeh pipi, bahagian muka, kepala, ataupun anggota tubuh yang lain. Haha. Memang tergelak juga menulis artikel ini, tapi tidak ada salahnya kita berkongsi.

Nak dijadikan cerita, saya merupakan seorang pemarah. Percaya? Mungkin ada yang kata ya, dan ada yang kata tidak. Bagi yang mengenali, sifat marah sebenarnya tidaklah boleh disamakan dengan rupa ataupun senyuman yang agak kedekut untuk diberikan. Kadang-kadang, ada orang yang mempunyai raut wajah yang menggerunkan, sebenarnya dia seorang yang baik hati. Tapi, majornya tidak begitu, kerana kata orang, hati yang ganas nampak di muka(eh, adeke? haha).

Sambung balik cerita tadi. Saya dikatakan sebagai seorang yang suka marah-marah. Entah kenapa. Tapi ada kalanya saya rasa begitu saat masa, ruang dan peluang saya terganggu. Bagi saya, nada itu memainkan peranan dalam bertutur. Maka, ramai yang beranggapan saya suka marah sedangkan nada suara saya memang begitu. Haha. Macam itu pun boleh. Bukan apa, saya ni jenis yang suka menegaskan sesuatu. Jadi, tidak hairanlah andai nada pertuturan saya tidak disenangi. Tapi jangan salah tafsir ya. Rakan-rakan saya tetap rapat dengan saya, cuma tidak menyenangi saya apabila saya mula bengang akan sesuatu.

Memang itulah lumrah manusia. Kalau nak cerita, pelbagai kisah berlaku hanya disebabkan sifat ini. Masih ingat lagi saat seorang bapa membunuh anaknya yang begitu sayang akan kandungan luar nikahnya, walhal, anak itu dibenihkan sang bapa sendiri. Perasaan malu bercampur marah itu membuatkan si bapa mengelar si anak yang dulunya pernah menjadi mangsa kerakusan bapa gila seks. Kisah ini kalau tidak silap pernah saya baca di majalah Mastika. Islam sendiri tidak menggalakkan kita marah-marah. Kata orang, As-sobaru minal iman. Iman separuhnya daripada kesabaran. Saidina Ali pun ada kata, marah musuh utama akal. Jadi, renungkan diri kita sendiri mengapa Allah perkenalkan Istighfar kepada umat Islam. Sekian...

Saturday, May 22, 2010

Sambutan Hari Guru - Aksi Guru










Sambutan Hari Guru - Aksi Pelajar






Alhamdulillah, Hari Guru yang lepas menimbulkan keseronokan buat guru. Harap-harap berkekalan keseronokan itu lantas dapat membaja kami dengan ilmu daripada anda semua guru-guruku. Buat pertama kalinya, saya tampil membuat persembahan bergandingan dengan saudara Uthman AG. Kalau dahulu, saya berkeinginan untuk menyanyi di atas pentas, dek kerana kemampuan saya dalam bidang lain, hanya sajak mampu saya deklamasikan. Sekali lagi syukur apabila ramai pihak memandang sajak saya. Kalau diingatkan kembali, saya sangat suka menulis sajak saat masih di bangku sekolah rendah tetapi tidak dapat disampaikan kepada orang ramai. Jadi, kalau dahulu saya hanya deklamasikannya di rumah, syukur dapat juga saya persembahkan kepada guru-guru kesayangan saya.

Persembahan lain tidak kurang hebatnya. Kumpulan band Fuad memulakan persembahan dengan lagu Innuendo yang dirancakkan. Habis gelak satu dewan dengan cara Fuad menyanyi. Selepas itu, saudara Ikram pula menyampaikan persembahan dengan dendangan sebuah lagu Inggeris(saya tidak pasti tajuknya) dan lagu Yuna yang meningkat naik, "Dan Sebenarnya". Selepas itu, tiba giliran saya dan Uthman AG dan persembahan diakhiri dengan persembahan dari 'Band Toby' yang sangat menarik. Lagu-lagu yang disampaikan juga tidak kurang hebatnya iaitu "The Reasons", "Soul Sister" dan "Burning Out".

Walaupun persembahan pentas sedikit terganggu dengan hadiah yang terlampau banyak untuk acara cabutan bertuah yang diadakan selang satu persembahan, tetapi respons daripada guru cukup baik kerana walaupun agak sukar untuk mengikut tema 'Retro Cetusan Warna', masih ada lagi yang mampu berpakaian stail zaman 60-an hingga 80-an. Johan bagi pakaian terbaik mengikut tema ialah, Encik Shahnun bin Abdul Ghani(kategori lelaki) dan Cik Helmi Fazlin bt Baharim(kategori wanita). Majlis di dewan berakhir dengan acara 'Satu Kek, Satu Guru' di dataran STAROBA.

Acara luar dewan juga sangat meriah apabila pelbagai acara dipertandingkan untuk menyeronokkan hati ibu-bapa kami ini. Acara-acara seperti futsal, teh tarik, ukir buah, boling kelapa, bola jaring dan karaoke sangat menggembirakan guru-guru. Buat pertama kalinya, ayahanda Guffri sanggup turun berkaraoke bersama-sama kami. Seronok juga walaupun beliau tidak mendendangkan lagu, mungkin kerana malu pada anak-anak.

Justeru, saya berharap agar guru-guru dapat memberikan yang terbaik buat kami dalam SPM yang akan datang. Buat adik-adik, jagalah hati guru keran dia juga seperti keluarga kita. Ingat, keberkatan ibu bapa, termasuk guru sangat diperlukan untuk seseorang itu berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Sekian...

Tuesday, May 18, 2010

"Cuma Guru Biasa"

Mula seorang kecil tanpa bicara,
Mula seorang kecil tanpa apa-apa,
Mula seorang kecil tanpa tulis baca,
Mula seorang kecil tanpa mengerti apa itu dunia.

Saat seorang bapa percaya pada seorang manusia,
Saat seorang manusia mendidik anaknya,
Saat anaknya mula petah bicara,
Saat dia mula berjaya.

Semuanya bermula dari seorang guru cuma,
Yang mengajar anak itu segala perkara,
Dia hanya seorang guru biasa,
Dari dalam kota ke ceruk desa,
Atau dari desa terus ke kota,
Tekun mengajar anak bangsa,
Segala apa ilmu yang dia ada.

Kini anak itu sudah dewasa,
Kini anak itu sudah berjaya,
Kini dia kebanggaan negara,
Guru itu masih biasa,
Masih mengajar ilmu yang sama,
Buat anak bangsa yang kian dewasa.

Padanya wang itu bukan dunia,
Yang dimahukan anak didiknya berjaya,
Jadi teknokrat, usahawan atau apa saja yang berwibawa.

Benarlah kata orang,
Guru itu umpama lilin
Menerangi segala ruang,
Yang gelap menjadi terang,
Yang terang kian gemilang,
Kudoakan engkau terus berjuang,
Agar anak bangsa maju cemerlang.

Sajak di atas merupakan nukilan saya pada petang 16 Mei 2010.

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru 2010






Selamat Hari Guru! Hari ini merupakan hari yang disambut oleh semua pihak yang pastinya pernah berada di bawah tunjuk ajar seorang guru. Sekolah saya akan menyambutnya esok tetapi tidak kisahlah sama ada hari ini atau esok, ia tetap memberikan makna. Hari guru bagi saya sangat bermakna. Kerana, akak saya juga seorang guru. Haha. Bukan itu sebenarnya. Gurulah yang telah membentuk saya sehingga saya menjadi dewasa.

Masih saya ingat akan pengorbanan guru-guru saya di sekolah rendah. Antara yang saya ingat, Cg Herman, Cg Shahrina,(kedua-duanya pakcik dan makcik kpd Zarfan, rakan saya di STAR), Cg Uzaimi, Cg Azamah, Cg Fatimah, Cg Khoo, Cg Cham, Cg Kang, Cg Waniza, Cg Hafizah, Ustazah Zahratul Laily, Cg Norizan, Ustaz Sarjono, arwah Ustazah Hamidah, Ustazah Supinah, Ustazah Tuti dan lain-lain. Sesungguhnya, mereka sangat bertnaggungjawab dalam membentuk saya sehingga saya mendapat tawaran SBP dan kini di STAR. Terima kasih Cikgu! Masih ingat lagi saat Cg Herman tak sudah-sudah menempatkan saya dalam setiap pasukan permainan sekolah dalam usaha nak mengaktifkan saya. Masih ingat lagi saya akan Cg Uzaimi yang tidak segan-segan membenarkan saya tidur di rumahnya semalaman atas alasan untuk menyertai pertandingan menyanyi. Teacher Khoo & Teacher Azamah juga saya tak lupa atas tunjuk ajarnya yang menjadikan saya pelajar cemerlang Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Gandingan suami isteri, Ustaz Sarjono dan arwah Ustazah Hamidah memang membentuk saya untuk menghormati orang tua. Tetapi, ajal Ustazah Hamidah telahpun menjemputnya ke Rahmatullah pada tahun 2007 yang lalu.

Saat saya mendaftar di STAR, saya tidak lari daripada menimbulkan masalah iaitu, 'homesick'. Fikir-fikir kembali, lawak sungguh usaha saya nak keluar STAR. Puas Cg Kamarudin dan Cg Zul berusaha untuk memastikan saya kekal di STAR. Cg Noridah juga berperanan membantu saya untuk yakin kekal di STAR apabila memberikan saya pelbagai peluang dalam arena perdebatan untuk saya suka akan kehidupan berasrama. Alhamdulillah, semua dapat saya tempuhi. Cg Shahnun juga tidak saya lupa kerana beliau yang pada mulanya tidak berkenan akan saya yang masuk KDBM STAR kerana pe'el waktu Form 1 akhirnya menerima saya dan rapat dengan saya. Guru-guru STAR yang mengajar saya juga tidak kurang hebatnya. Masih saya ingat lagi saat saya tidak disukai Cg Zuraida semasa Form 1, kini menjadi pendidik saya dalam subjek Additional Mathematics. Cg Kamariah juga sangat rapat dengan saya dan beliau sangat membantu saya dalam mencari idea untuk menghumourkan kaedah perdebatan saya. Cikgu-cikgu lain, tidak pernah saya lupa. Cuma tidak saya punya peluang yang sangat banyak untuk saya coretkan dalam ruangan ini, tetapi yakinlah, bahawa setiap daripada anda, namanya ada dalam doa-doa saya. Akhir kata, Terima Kasih Cikgu!

Friday, May 14, 2010

14 Mei?



Hampir 42 tahun yang lalu, semalam, merupakan detiknya di mana wujudnya sikap prasangka dan meluahkan apa yang sebenarnya terbuku dalam hati setiap masyarakat tentang sosio-ekonomi mereka. Ibu saya yang pada masa itu baru berumur 6 tahun masih ingat perkara tersebut. Lupa sebutannya. Tetapi maknanya hampir sama dengan darurat. Ibu cerita, waktu itu semua orang kena masuk rumah jam 6 petang. Benar kata ibu. Tapi ibu tidak tinggal di tempat di mana orang sibuk menetak orang. Ketika itu ibu tinggal di Sungai Pinang, Klang yang mana tempat ini signifikan untuk orang Melayu dan tidaklah ia memudaratkan ibu yang masih kecil.

Wan pun ada cerita. Wan kata, takut. Ibu kecil lagi. Wan kata, orang Melayu di Klang ramai yang nak ke Kuala Lumpur untuk sertai program tetak-menetak. Wan kata, nasib baik arwah atuk tak macam wan yang garang. Wan kata, arwah atuk kerjanya membebel fasal tempoh OT kena kurang. Oh, begitu. Cikgu Kamariah pun ada respon tentang persoalan saya di kelas. Asal cikgu, Kampung Baru. Ha. Memang tepat pada sasaran. Cikgu kata, sebelum kejadian, ramai orang Cina bawa penyapu. Lepas menang pilihanraya la katakan. Cikgu kata, orang Cina suka-suka. Tapi, cikgu sambung yang orang Melayu berang. Penyapu kan suei.

Bila disiasat, rupa-rupanya orang Melayu berasa dihina oleh orang Cina atas kekalahan Parti Perikatan di tangan Gerakan. Isu-isu begini, iaitu salah faham sepatutnya dielakkan. Mungkin perlu untuk kita fikir dahulu apakah kesan andai kita lakukan sesuatu. Macam kawan saya. Ingatkan nak gurau-gurau, dilepasnya juga getah ke muka saya. Nasib baik cepat ambil wudhu'.

Beginilah. Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memahami antara satu sama lain. Contoh cukup baik, macam sekolah saya, cikgu-cikgu ramai juga berbangsa Cina. Tetapi tak pula mereka halang kami untuk berdoa sebelum kelas. Maknanya, mereka faham tentang amalan kami dan mereka hormati. Sikap tidak hormat-menghormati seperti inilah yang mudah menjatuhkan sesebuah bangsa. Lihat isu Operasi Lalang, juga sama. Kampung Medan, juga sama. Jadi, fikirkanlah sesuatu agar sikap seperti rasisme ini dapat kita elakkan. Tidak salah memperjuangkan ras masing-masing, cuma, jangan sampai perjuangan itu menindas mana-mana pihak. Sekian.

p/s:harap tak berulang lagi. saya tak mahu rasai perintah darurat sebab tak seronok. dulu pernah kena waktu Bkt. Pelandok kena serang J.E.(1998)

Tuesday, May 11, 2010

Tolong Saya...

Di bawah, merupakan karya saya dan saya mahu meletakkannya dalam majalah sekolah. Jadi, saya mahukan pengadilan dari pihak pembaca. Terima kasih

Kini Tinggal Kenangan

"Amacam? Okey? Persoalan ini sudah kali yang ketiga , setelah dua kali aku khabarkan secara gurau-gurau dengan tujuan memberikan pembayang kepadanya. Sudah tentu dengan gelak-gelak. Cuma kali ini, aku lebih serius. Dia? Masih terdiam.

---------------------------------------------------------------------------------------

"Haziq, awak tahu tak yang saya sayang awak sangat-sangat?" Nur menyoal. "Sebagai kawan awak, saya pun sayang awak. BFF right? Hehe." "Tak. Bukan tu. Saya sayangkan awak lebih dari tu."
Sudah. Soalan KBKK. Pada mulanya, aku cuba untuk mengelak. Rasa ingin menyintai dan dicintai pada saat awal remaja memang mempengaruhi keputusan aku. Macam Newton's Third Law, respon positif aku berikan kepada Nur.

Percintaan aku dan Nur tidak ubah seperti orang dewasa sedang hangat bercinta. Pada ketika usia renaja aku yang masih berumur 14 tahun, yang mengenalinya di sebuah pertandingan menyebabkan kami tidak sabar-sabar ingin berjumpa buat kali kedua, kali ini, sebagai pasangan kekasih. Janji untuk bertemu juga aku tunaikan walaupun ibu semestinya tidak benarkan. Alasan aku yang kononnya lama tidak bertemu dengan saudara mara, aku jadikan untuk mendapatkan kelulusan tidur di rumah Wak Amat di Kuala Lumpur buat beberapa malam. Akhirnya, janji berjumpa terlerai dengan pertemuan dengan Nur di Midvalley Megamall yang kali pertama aku jejaki. Cinta kami tidak buta. Aku dan Nur berjanji untuk tidak menggadaikan maruah masing-masing dengan berpegang sana-sini dan sebagainya. Ternyata mimpi seseorang yang sudah lama tidak bertemu perempuan menjadi nyata. Aku sempat juga memakaikannya seutas gelang yang aku beli di Melaka tempoh hari. Terasa juga aku seperti Roman Picisan.

Seminggu lepas itu, aku berterus terang dengan ibu untuk keluar lagi. Kali ini aku mahu terus ke rumahnya pula. Ada rumah terbuka Aidiladha. Melangkah ke rumah seorang Datuk bagi aku satu pengalaman yang mendebarkan. Sesi bersembang dengan ibu Nur juga berjalan dengan baik. Melihatkan cara ibunya, ternyata Nur merupakan insan yang paling tepat bagi aku.

Waktu cuti, sah-sah aku guna sepenuhnya untuk bertemu Nur. Bukan berjumpa. Tetapi memenuhkan memori masing-masing dengan mesej yang menggambarkan pasangan ideal yang sangat sayang menyanyangi antara satu sama lain. Saat orang lain tidur, aku dan dia berjaga. Cakap-cakap sampai pagi. Macam-macam cerita. Kadang-kadang terdiam. Tiada topik.

Fasa permulaan bercinta memang menyeronokkan sehinggalah hubungan kami menginjak fasa yang bosan. Segala idea untuk berbicara dan perkara untuk dibincangkan umpama sudah kering. Baru aku rasa apa itu cinta yang sebenar. Bosan. Namun, aku sentiasa cuba memperbaiki hubungan kami. Aku ambil langkah perkenalkan dia dengan rakanku yang mempunyai kesukaan yang sama dengannya, iaitu peminat sukan paintball. Pelik juga perempuan zaman sekarang. Hehs~

Seingat aku, pada Januari 2008, usai belajar, aku pinjam telefon rakanku yang juga rakan kepada Nur. Aku memang rapat dengan dia. Jadi isu pinjam meminjam bukanlah masalah bagi aku dan dia. Rasa ingin tahu isi perut telefon tersebut telah menemukan aku dengan beberapa pesanan ringkas yang pada aku, sangat menyayat hati. Nampaknya, rakanku ini memang pendengar yang baik dalam berkawan. Tetapi, nombornya macam pernah aku lihat. Hati yang menyuruh aku berbuat sedemikian, iaitu, buat semakan pada telefonku. Ternyata hati ini memang bijak meneka. Sangkaan aku tepat apabila nombor tersebut merupakan nombor ayah Nur. Jadi, tidak mustahil dia chatting dengan papa Nur. Impossible! Maknanya, sudah terang lagi bertorch light, yang hamba Allah yang dimaksudkan ialah aku!

Rasa indah bercinta, memang indah belaka. Tetapi saat ini bukanlah saat yang aku mahukan. Berpisah. Argh! Nasihat daripada rakan, membuatkan aku memilih satu jalan iaitu berpisah. "Dia boleh cakap macam tu? Sumpah jahat! Ko clash sudah." Ternyata kata-kata hasutan Azman mempengaruhi aku. Memang hebat budak ni kalau bab-bab menghasut. Seringkali aku gasak, Nur mengelak. Akhirnya, Nur sendiri yang memilih perpisahan sebagai jalan terakhir. Memang aku tahu, Nur dan Ahmad kian rapat dari hari ke sehari. Pada mulanya, terasa seperti ingin mengabaikan apa yang telah aku baca. Tetapi melihatkan kepada Ahmad yang semakin ceria semacam, membuatkan aku rasa gusar akan perhubungan ini. Tidak lama selepas itu, Nur mengkhabarkan yang Ahmad kini kekasihnya. "Haziq, terima kasih sebab jadi pihak yang kenalkan Nur dengan Ahmad." Mesej dari Nur tidak aku jawab, sebaliknya air mata bercucuran jatuh. Dahlah clash, diberinya pula ucapan penghargaan seolah-olah suka akan perpisahan terdahulu.

Sejak itu, dendam kesumat aku terhadap kaum Hawa aku lafazkan dari hati, aku cernakan melalui perbuatan. Hubungan sosial aku dengan perempuan cuba aku renggangkan atas alasan sibuk. Mereka yang dulunya menganggap aku peramah, kata aku dah terbalik. Sombong. Ada aku kisah? Kadangkala apabila bertanya, aku buat tak tahu. Mungkin ini cara terbaik untuk mengajar mereka. Menyampah! Benci! Macam-macam ada.

Saat aku berada di tingkatan lima, pandangan aku terhadap kaum Hawa, aku positifkan. "Jangan takut depa. Sat lagi hang culture shock baru hang tau." Kata-kata Harinn, senior aku memang memberikan aku kata dua untuk berbaik semula dengan mereka selepas perang dingin dua tahun. Betul juga kata Harinn. Apabila aku fikirkan kembali, sifat membenci wanita, ditambah lagi lima tahun bersekolah di sekolah yang semuanya lelaki di Ipoh, memang membuatkan aku gagal menyesuaikan diri dalam beberapa program SBP yang melibatkan perempuan. Lebih-lebih lagi HKSBP 2009 yang diadakan di sekolah Nur, di Cyberjaya. Kata lainnya, jadi takut! Ramai kata aku sombonglah. Heartlesslah. Padahal, mereka tidak tahu yang aku ini ketakutan bertemu dengan mereka. Rakan-rakan perempuan yang sudah lama tidak aku hubungi, aku jalinkan kembali ikatan persahabtan tersebut. Semua kata aku sombong. Eleh. Kalian tidak tahu bolehlah berhujah. Tetapi, aku tidak kisah. Aku akui perkara tersebut agar hubungan kami semua sihat kembali. Sampai satu ketika, hubungan aku dengan teman lama dari Johor Bahru, rapat semacam. Dengan dia aku selesa menceritakan segalanya. Yang pastinya, dia berbeza perwatakannya dengan aku. Sebagai seorang peniup euphonium STF Wind Orchestra, dia lebih berkebolehan menjadi pendengar yang baik. Sebab itu, aku tidak menutup apa-apa rahsia yang boleh aku sampaikan kepadanya.

Saat tidak berhubung sewaktu sibuk dengan SPM, membuatkan aku rindu kepadanya. Jangan risau, SPM masih fokus bagi aku dan dia. Cuma, kalau sepanjang cuti selalu berhubung, saat bersekolah diam-diam saja, itulah yang membuatkan diri rasa kekosongan. Dia? Wajahnya tidak pernah aku tatap. Pada aku, rupa bukan masalah sesuatu perhubungan. Asalkan dia elok, sudah. Tapi bagi aku dia ini punya kelainan. Firasat aku, dia indiependent. Bukan Yuna. Tapi berdikari. Asbabnya, dia ini tak seperti perempuan lain. Kalau rapat sikit, dah nak bermanja. Dia tidak. Merajuk? Jangan harap. Selalu juga aku kutuk dia yang beritahu bahawa dia lagi rendang daripada aku dengan hanya ketinggian 10 pembaris 15cm. Cikgu Rafaei pernah cakap. Perempuan jenis inilah yang kalau kita dapat, puas sebab mereka ini berbeza. Haha. Gatal sungguh.

Selepas SPM, kami yang bersama-sama mengaji di Lembah Beringin membuatkan aku kerap berhubungan dengan dia. Semua ahli keluarganya telah aku kenali. Begitu juga dia. Ibu seperti berikan green light. Keluarga dia juga tidak punya masalah dengan aku. Kasih dan rindu, selalu aku garapkan dalam perbualan. Tapi tidak jelas. Sekadar memberikan pembayang kepada dia. Pada satu malam, saat dia mendapat panggilan percuma, dia hubungi aku untuk satu tempoh masa yang lama. Satu demi satu topik kami bincangkan. Suara dia yang perlahan nadanya membuatkan aku seringkali tersalah tafsir. Buat kali yang pertama, dia merajuk. Biaq betoi? Aku ambil langkah dengan menghubunginya, tetapi dia sengaja tidak menjawab. Panggilan kali ke-17, dia angkat. Yang peliknya, ada background music. Music box. Pada mulanya, aku agak terkesima, namun, kali ini aku faham tujuan dia berbuat sedemikian. Apa lagi, aku pun terus bertanya...

---------------------------------------------------------------------------------------

"Hm... Okey. I accept you my dear." Jawapan ringkas dari dia membuatkan aku terkejut buat kali yang kedua. Perasaan yang sukar digambarkan. Perkenalan yang cukup lama, dari tingkatan dua sampailah ke hubungan rapat selama 3 tahun membuatkan aku terus memberitahu ibu. Ibu tiada masalah. Aku pula terus menghubungi bapanya, Encik Roslan atas tujuan itu juga. Mungkin sedikit salah cara aku, tetapi bapanya tidak punya masalah dengan perkara tersebut. Hantaran merisik aku untuknya semuanya dijalankan ibu sewaktu aku dan dia mengambil peperiksaan terakhir A-Level. Semuanya berjalan lancar dan sebulan selepas itu, keluarga kedua-dua belah pihak mengatur ikatan pertunangan antara aku dan dia. Ternyata ini merupakan tindakan menyelamatkan kami yang akan melanjutkan pelajaran di London, 2 bulan lagi. Walaupun tidak sama tempat pengajian, bapa dia mahukan aku tengok-tengok anaknya bersama di London nanti sambil berseloroh. Kami tidaklah jauh terpisah, aku di King’s College London, manakala dia di London School of Economics.

Selepas ibu menyarungkan cincin, kami bertemu sebentar. Senyum sampai telinga. Gembira kedua-duanya. "Tak benci saya pulak? Saya kan perempuan." Kata-kata itu disusuli gelak tawa kami berdua. Kalau dahulu, pastinya aku tidak mampu menjawab soalan tersebut dengan menjadikan peristiwa lama sebagai alasan. "Tak. Saya sayang awak."

Kisah dulu bagi aku, kini tinggal kenangan. Terima kasih kerana berikan aku peluang, Nor.

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu 2010




Hari Ibu merupakan hari yang sangat bermakna buat kita. Sebenarnya, ada yang menyatakan bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Purqoui, bagi saya tidak salah menyambut satu hari yang mengingatkan kita pada dugaan si ibu yang penat membela anak dari kecil sehingga besar. Memang benar, hari ibu, bukan hari ini sahaja, tetapi hari-hari. Memanglah. Tetapi, agak-agak ada tak yang setiap hari menyatakan selamat hari ibu kepada ibunya? Kalau ada, saya memang nak tabik 'spring' kepada hamba Allah tersebut.

Ucapan Selamat Hari Ibu saya hulurkan buat semua ibu di dunia ini. Pagi tadi pun, saya telefon ibu saya selepas selesai pemeriksaan asrama dan mengucapkannya. Harap-harap anda semua berpeluang. Andai tidak, sedekahkanlah doa buat mereka. Buat mak, adik sayang mak sangat-sangat. Bagi adik, maklah segalanya. Mak boleh jadi mak, jadi abah, cikgu pun boleh. Sayang mak. Adik harap, adik dapat membalas segala jasa mak bila adik besar nanti. Muahx!!!

Tuesday, May 4, 2010

Manchester United atau Chelsea?




Dengan baki satu perlawanan, pertarungan pasukan kesukaan saya, Manchester United dan Chelsea cukup mendebarkan lebih-lebih lagi apabila melihat perbezaan cuma 1 mata yang menjadi penentu juara English Premier League. Sedih juga apabila Liverpool ditewaskan Chelsea dengan mudah di Anfield. Kecoh si Ferguson apabila mendapat tahu Gerrard terlepas bola dengan mudah lantas memberikan peluang kepada Didier Drogba untuk menjaringkan gol.

Kemunculan Rooney dalam pertemuan menentang Sunderland tempoh hari dilihat kurang membantu apabila beliau tidak pun menjaringkan gol. Sebaliknya Nani kini dilihat sebagai 'scoring machine' Man. U dengan menjaringkan gol kemenangan. Berbatov bagi saya tidak ubah seperti Mat Tangguk. Yelah. Sepakannya di dalam kotak penalti memang agak baik, tetapi, dia tidak mempunyai X-Factor dalam pasukan Man. U. Sekadar rembat dalam kotak penalti, tetapi penguasaan di luar kotak lemah, saya kira itu bukanlah pilihan tepat untuk diturunkan Sir Alex Ferguson pada masa akan datang.

Nasib baik Man U kini dah berkira-kira untuk membeli David Silva, Luca Modric, Mandanda(kalau tak silap), dan lain-lain, semuanya bagi menggantikan pemain-pemain yang bakal bersara musim depan seperti Van der Sar. Hari ini pula, dikhabarkan Gianluigi Buffon ingin mencari kelab di EPL dan mengintai ruang di Manchester United, Arsenal dan Manchester City. Eloklah tu. Penjaga gol terbaik bersama kelab terbaik. Pada pandangan saya, mungkin musim depan lebih memihak kepada Chelsea, namun, saingan Man U tidak boleh dinafikan.

Satu sahaja harapan saya. Harap-harap Wigan Athletic mampu mengejutkan Chelsea sekali lagi selepas mengalahkan The Blues pada perlawanan pertama liga. Hidup Roberto Martinez!

Sunday, May 2, 2010

Satu Bentuk Diari ; Hatiku Berkata




Gembira rasanya apabila dapat tahu yang dia juga sama. Bukan pattern aku jenis yang lupa pada peristiwa lama. Cuma kadangkala perasaan sunyi perlu ada penemannya. Kisah dulu antara Ogos 2007 sampai Mac 2008 memang singkat bagi sesuatu perkara. Tapi perkara inilah yang buatkan aku sampai 2010 memandang kaum Hawa dengan penuh prasangka. Memedihkan diri dan hati apabila si dia(yang dulu) lari kepada rakan hamba. Tapi jangan risau, dendam kesumat aku bukan untuk engkau(kawan). Cuma kepada dia yang mungkir janji. Hubungan hanya 210 hari sedangkan janji sehidup semati. Apa-apalah. Serius bukan kau yang salah. Cuma bila kau buat aku serba salah, perempuan lain pun aku anggap salah.

Buat yang kini. Terima kasih kerana sudi. Aku tak pernah jangka yang aku sudi kau temani. InsyaALLAH aku akan berubah kali ini. Mengubah janji kepada realiti. Mungkin terlalu awal untuk confirmkan segalanya. Empat tahun know you memang aku suka. Mungkin kali ini baru rapat tapi aku rasa best gila. Lagi-lagi bila dapat tahu kau memang beria akan hajat seorang manusia. Mengatakan OK pun dah kira baik bagi soalan yang aku simpan dari bulan pertama. Tapi, aku tak lupa harapan keluarga. Cuma aku harap, kejayaan dapat sama-sama kita garap. Sekian.

buat mak, abah, akak, abang, ayah, dan kau;terima kasih kerana sayangkan aku

Friday, April 30, 2010

Takut Perempuan?


Bersama Nurezzah Abdullah; kakak angkat saya

HKSBP Peringkat Kebangsaan sekali lagi akan diadakan pada 1-4 Jun ini di Sekolah Menengah Sains Pasir Putih. Alhamdulillah, ini merupakan kali keempat saya untuk pergi ke pertandingan yang cukup berprestij ini. Tapi, bukannya empat tahun sebagai pendebat yang mewakili sekolah, 2 tahun sebagai penonton, 2 tahun lagi, tahun lepas dan tahun ini sebagai pendebat.

Isu PPM tahun lepas kembali dalam ingatan saya. Ketika itu, HKSBP ini dianjurkan oleh Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Dalam suka-suka untuk ke sekolah yang perempuan semuanya(STAR kan laki aje), ketakutan sebenarnya wujud dalam diri saya. Mana tidaknya, 4 tahun bersekolah di sekolah yang semuanya Adam. Sudahnya, saya macam terkena 'electric shock'. Takut perempuan. Haha. Memang tak dijangka perkara tersebut. Kesannya, pasukan kami kalah dua perlawanan daripada tiga perlawanan sedangkan kami merupakan naib johan Pertandingan Debat Antara Sekolah Menengah Malaysia 2009.

Benar, sepatutnya bukan perkara ituyang perlu dijadikan alasan buat kami. Namun, apa yang saya dapat konklusikan sebenarnya berkaitan dengan sifat manusia yang sentiasa perlukan rakan ataupun teman yang berlainan jantina. Itu fasallah, fokus untuk membawa pulang Piala Perdana Menteri pada tahun sudah sedikit terjejas. Mana taknya, yang ini nak pilih yang itu. Yang itu nak yang ini. Adoi.

Sebenarnya, saya juga diselubungi perasaan malu yang agak melampau. Biasalah, orang tak kacak, tak jambu. Haha. Tambah pula dengan muka yang berjerawat. Sekarang tinggal kesanlah. Dengan badan saiz budak ragbi yang dah lama tak main(lu pikirla sendiri), perasaan malu dan kurang yakin memang berlemak dalam diri saya. Lepas itu, orang kata saya sombong pula, padahal, mereka tak tahu yang saya ni penyegan orangnya. Haha. Perkara ini selalu juga saya luahkan kepada rakan-rakan rapat saya.

Perkara ini terbawa-bawa sampailah ke HKSBP Zon Utara yang lepas di SMS Sultan Mohamad Jiwa. Ada rakan saya dari beberpa buah sekolah menegur saya, tapi tak diberikan respon yang baik. Alahai. Maaflah. Aku culture shock nih. Haha. Tapi, taklah pula saya masam aje bila bertemu orang. Saya cuba untuk senyum walaupun di sekolah orang kata saya garang. Haha.

Alhamdulillah, debat di UIA telah merubah saya kerana ini merupakan tahun terakhir saya dan saya mahukan ramai kawan. Di sana, saya mula senyum dan menegur para pendebat dari seluruh negara. Rupanya, kaum Hawa ni tak kisah sangat pasal rupa ni. Janji ramah. Haha. Saya ni ramah tidaklah. Cuma suka berbual, walaupun pendek-pendek. Kali inilah saya mula kenal ramai kawan. Yang lelaki confirmlah. Perempuan juga ada. Haha. Seronok juga bila kenal ramai orang.

Harapan saya sebenarnya cuma satu. Allah pernah berfirman yang bermaksud, Dia tidak mencipta sesuatu yang berlainan melainkan untuk beribadah untuknya. Nabi Muhammad SAW pula bersabda, Allah mencipta manusia berlainan suku, jantina, kaum kerana mahukan pertemuan dan persahabatan antara jenis yang berbeza. Jadi, tidak kisahlah lelaki atau perempuan, kalau boleh saya nak kenal dengan semua supaya pisang tidak berbuah dua kali...