BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

My New Cam!!!



Semalam aq nekad melakukannya. Haha. Bersama-sama Ashman dan Azri, aq ke Jusco Ipoh dengan harapan mendapat barangan tersebut dengan harga berpatutan. Akhirnya, dengan bantuan Azri dan Ashman, aq dapat juga sebuah kamera Nikon Coolpix S230 dengan harga yang berpatutan... Haha... Excited gile bai! First tyme ade cam la katekan... hak2!

Friday, February 26, 2010

Down...

Saat ini, rasa sedikit terkilan dengan rakan sepasukan kerana ada yang tidak dapat memberikan komitmen penuh terhadap pasukan. Memang tak dinafikan mamat ni aktif gile, sampaikan dye tepakse menghadapi tiga jenis aktiviti serentak tanpa henti.


Adui. Nak sound, dye la rakan baik. Takpalah, memang dah tugasan dye untuk keluar mewakili sekolah dalam semua bidang tersebut.

Aq minta maaf ya. Aq rasa Qucai dah sangat sesuai untuk menggantikan kau buat sementara waktu. Sebab aq ingat pada kata Harinn, kalau ko fokus sume bende, takkan ko dapat menang semua... Percaya lah, aq pun rasa begitu, sebab latihan adalah tunjang kekuatan pasukan.

Ok... Lega rasanya dapat luahkan perasaan...

Wednesday, February 24, 2010

Hanya Yang Terbaik


Lama tidak berkarya. Kali ini aku mahu menceritakan tentang impianku yang sangat aku idamkan. Hayati bait-bait lagu di bawah...


Di sini aku berdiri,
dan bermula langkah di sini,
kerna ku yakini pada diriku,
sendiri...

Hanya terbaik jadi juara,
pandangan berbeza matlamatnya sama,
kitalah bintang permata berharga,
bersatu hati ke puncak sana...

Lalu ku tempuh ombak dan badai,
apa dicita pasti tercapai,
semua mimpi menjadi realiti...

Hanya yang terbaik akan berjaya,
tuntas bicara bermakna penuh gaya,
itulah lambang aspirasi kita,
pendebat muda harapan negara...


Aku harapkan dengan ungkapan lagu ini mampu menaikkan semangat aku menjelang musim perlawanan perdebatan yang akan bermula di Sungai Petani pada 11 Mac 2010.