BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 22, 2012

Oh, Tidak!

Salam pertemuan. Sibuk dengan assignment. itu sahaja yang mampu saya nyatakan. hari ini pun ada banyak kerja, cuma ada masa saya curi, gunakn laptop orang lain. berbulan juga rasanya tidak menulis entri. kali ini ada juga sedikit perasaan yang ingin diluahkan.

tempoh hari saya ke majlis apresiasi cendekiawan di salah sebuah universiti. acara ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar asasi yang mendapat keputusan anugerah dekan bagi semester 2 yang telahpun berakhir. kalau ikutkan perhitungan, saya ada dalam senarai kerana pointer melebihi kelayakan dean's list, 3.5. seronok rasanya dapat menaiki pentas buat pertama kali atas pencapaian dalam pelajaran.

selepas maghrib, capek saya dan rakan selepas perlawanan persahabatan ragbi disembunyikan dengan rasa gembira ingin menaiki pentas. seronok tak terhingga, blink2 lagi baju saya dengan pakaian batik jawa kebanggaan. sampai terus cari tempat duduk dihadapan. harapan agar senanglah nak ambil anugerah sekejap sahaja lagi. kembang kuncup rasa bangga dan syukur atas kemenangan titik peluh yang akan saya dakap sebentar sahaja lagi.

macam2 acara sebenarnya. kreatif juga walaupun tidaklah seberapa mahal majlisnya. sewaktu penyampaian anugerah dekan, kelas saya dalam kelompok panggilan terakhir. tunggu punya tunggu, nama tak panggil-panggil. e'eh? punya struggle aku belajar, ini yang aku dapat? nak tahu kenapa? sehingga orang terakhir dipanggil, nama saya dan rakan tadi tidak dipanggil lagi. alamat hampa betul lah jawabnya. bertali arus soalan dari pensyarah dan timbalan dekan kepada saya dengan bertanya kenapa tak dapat anugerah dekan? saya mana tahu. ingatkan penganjuran cukup selidik tentang hal berkaitan penerima anugerah, rupanya ada sesuatu yang tertinggal. aku punya besar ni pun dia tak ingat nak letak.

saya terangkan kepada pensyarah-pensyarah tadi bahawa saya sepatutnya tersenarai, tetapi salah teknikal mungkin. Allah, sedih nak tergenang air mata saya bila dipanggil penerima-penerima anugerah naik ke pentas mengambil gambar bersama. awak tak layak, cabut lah dengan rakan. pensyarah cuba menahan saya, arahkan saya dan rakan tadi ke pentas dengan alasan, saya juga penerima anugerah. tetapi, rasa kecewa tidak dihargai memang menebal saat itu, dan disebabkan itulah saya dan Iqbal terus meninggalkan dewan itu dengan penuh hampa.

memang benar saya marah. marah campur kecewa. sepatutnya majlis sebegini tidak mempunyai masalah yang besar sebegitu. bukan saya sahaja, malah ada yang lain juga tidak mendapat anugerah tersebut walaupun layak. andaikata ada kelayakan lain, beritahu awal-awal agar kami-kami ini tidak terlalu berharap dengan anugerah tersebut. ini tidak. haish.

mungkin saya juga harus bersyukur. ada hikmah di sebalik kejadian. tetapi masalah ini boleh dielakkan seandainya pihak penganjur tidak melakukan persediaan di saat-saat akhir. cuba bayangkan, anda adalah pelari pecut yang mendapat pingat emas pada temasya olimpik. malangnya anda tidak dijemput ke podium untuk mengambil medal itu, sebaliknya medal itu terus dihantar ke rumah seminggu selepas temasya berakhir, apa yang anda rasa? jadi, kepada sesiapa di luar sana yang akan menjadi penganjur, pastikan segala-galanya berjalan lancar. biar majlis ringkas, tidak banyak hadiah asalkan tiada yang terasa dengan penganjurannya. tetapi, institusi ini masih kekal di hati saya. biarlah hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik sebenarnya di universiti ini. :)

apa-apa pun, tahniah kepada rakan-rakan kelas saya yang mendapat anugerah tersebut. :)

p/s: ada rasa berkenan dengan seseorang~ ;)