BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

ESOK GHAYE!




Alhamdulillah, Allah beri kesempatan buat aku dan pembaca untuk hidup lagi bagi merasai nikmat daging korban. Haha. Orang gila tul. Esok gak hari kemuncak orang yang pergi ke haji, buat Umi Noridah, harap selamat tiba di tanah air. Moga mendapat haji yang mabrur.

Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat fasal Raya Haji esok. Aku nak berdiari sebenarnya. Dah lama juga aku pendam, sekarang aku nak luah. Bukan apa, kadang-kadang otak aku ni agak kuning, saja nak pecah rahsia orang. HAHAHA. Beginilah. Sebenarnya ramai yang tak tahu fasal krisis debat STAR. Tak besar mana pun. Cuma kes nak cari pengganti untuk tahun depan. Aku tengok, junior2 dah makin hebat. Kira sama taraf dengan kami yang senior. Macam nak ganti je beberapa tempat senior ni dengan junior, tapi, siapalah aku.

Sumpah aku cakap, junior aku dah hebat gila. Si Uthman dah ada aset dia tersendiri. Walaupun PM, tapi masih boleh bersikap sinis. Hebat gak budak tu. Qucai. Lagilah. Walaupun dia cakap macam sprinter, dan nafas dia pun macam Lee Chong Wei baru lawan Lin Dan, tapi dia ada idea tersendiri, walaupun ada yan salah. Amsyar. Bagus budak ni. Tak sia-sia aku biar dia belajar sendiri. Sebenarnya, sejak Umi nak ada pak lawak dalam team, Amsyar ni dah mula belajar. Dia agak cuba nak tiru aku dulu. Tapi aku marah. Haha. Aku tak nak dia jadi macam aku sebenarnya. Agaknya sebab tu lah budak2 form 2 takut dgn aku. Kata depa, aku garang. Haha. Ada sebab dik.

Bagi team senior pula, yang aku sangat kesali ialah dari segi pemahaman fakta. Cuba bayangkan, ada ahli team aku yang keluarkan fakta, tapi salah elaborate. Ada pula, yang minta fakta saja. Cari tak nak. Sudahnya, waktu aku keluarkan fakta, benda tu dah lemau sebab kerja aku elaborate facts tu balik yang dah dikeluarkan tetapi wujud banyak pertanyaan. Entahlah. Harap2 ahli team aku dah berubah. Ada lah juga perubahan dalam 3,4 training terakhir untuk tahun ni.

Sebenarnya, aku rindukan team dulu. Sebab apa taw, sebab aku tak rasa tersisih dalam team. Yalah. Masing-masing satu kepala. Kalau Acap pangkah Siraj, kengkadang aku support Acap, kengkadang pulak aku pangkah balik si Acap. Gelak2 tu dah selalu. Kesiannya Siraj lah. Paling banyak kena condemned. Tapi tu sesi gurau senda je taw. Jangan salah faham pula.

Umi ada cakap, kalau boleh jangan ada kawan perempuan yang rapat gila sewaktu kat sekolah ni. Dulu aku tak faham, tapi sekarang dah. Sebab ada kekangan dalam pasukan adalah disebabkan adanya unsur2 ketiga macam ni. Kepada Yoq, sorry kalau aku tak adil pada ngko. Sebab aku rasa aku rasa kekok dengan ko sebab ko ada awek. Argh. Aku dah cuba untuk professional. Tapi takleh la Yoq. Mungkin sebab salah aku jugak. Tak boleh terima kenyataan. Azri takda awek. Tapi yang aku agak kesal bila dia pun sebenarnya banyak gurau2 berkaitan perempuan bila berbincang. Aku ngaku aku tak sempurna, kadang2 aku pun gitu. Tapi adakalanya isu2 yang agak sensitif dimainkan. Adoi. Aku pun problem gak. Takleh nak professional dengan se'professional' mungkin dengan rakan sekerja. Aku rindukan team dulu. Tolonglah ye.

Hm... Aku dah terima berita agak sedih tentang Acap yang dah keluar dulu. Tapi aku tak kisah sebab junior dah ada. Sebab tu aku dah tak kisah kalau mak berkeras nak aku keluar debat tahun depan. Sebab time program bersama waris hari tu, cikgu2 ramai cakap aku busy gila. Aku pun tak tau nak cakap kat Umi macammana nanti. Harap2 mak boleh berubah fikiran nanti.

Wednesday, November 25, 2009

UTUSAN PERTAMA


Salam buat semua...

Hari ini aku punya sesuatu untuk ditulis. Bukan isi, tetapi tempat untuk menulis. Rasanya macam punya satu diari yang dibaca orang ramai. Ini baru hak milik aku. Kalau di blog debat, aku menulis untuk orang lain baca. Harap2, yang membaca dapatlah beri aku sedikit sebanyak ilmu dalam 'blogging' nih. Nak selalu upgrade/type new post hari2 memang tak dapatlah. Yang aku dapat cuma menulis sekali sekala, lagi-lagi kalau di sekolah, seminggu sekali lah jawabnya.

Ucapan terima kasih kepada Cikgu Shahnun atas pengenalan blog yang membuatkan aku teringin berkarya, walaupun karangan tak berapa hebat. Sekali lagi aku berharap, adalah mana2 pihak yang nak tolong aku, sebab aku ni agak buta IT. Baiklah, sekian sahaja.