BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 4, 2012

29 Feb

Salam. Tidak ada banyak entri tahun ini. Sekali-sekala, nak juga berkata, tetapi tiada idea. Kali ini fasal 29 Februari. Ya, 4 tahun sekali. Saya pun tidak sedar akan berulangnya tarikh yang sama. Bukan apa, kejadian yang menimpa senior saya, Fain Alias yang ke rahmatullah pada 28 Feb yang lepas membuatkan saya teringat kembali kepada hukum Allah, ajal maut, jodoh pertemuan semua ditangan Allah.

Ceritanya 8 tahun lepas(agak lama bukan?). Ya, Tarikh 29 Feb ini sangat saya ingat. Pada subuh pagi Ahad itu, saya tersedar dengan panggilan telefon. Akak yang sedang solat saya kira, berlari mengangkat panggilan itu. Selepas itu saya dengan tangisan selepas panggilan itu. Kecoh juga mak sebab itu dan hasil pendengaran yang saya cerap, saya terdengar bahawa abang sudah tiada.

Mata saya tutupkan rapat-rapat, dengan harapan itu sekadar mimpi. Dapatlah juga tenangkan fikiran, namun kecamuk hati tidak dapat saya elakkan. Akak saya ke bilik dan berusaha mengejut saya yang pura-pura tidur, beritahu yang abang sudah meninggal dunia sebab kemalangan. Oh, tidak. Harapan saya tadi tidak kesampaian. Arwah telah pun menemui Ilahi pada pagi subuh itu selepas kemalangan di jalan Sepang-Bagan Lalang. Selepas 8 tahun, tarikh ini datang lagi iaitu 29 Februari.

Kepada abang, adik rindu sangat kat abang. Sekarang tinggal adik sorang2 sebab abah dah tak duduk sekeluarga. Adik sedih sangat bila fikir balik tentang dosa adik kat abang, sebab abang tak tahu yang adik banyak salah juga kat abang. Maaf juga sebab tak dapat nak sedekah Yasin malam Khamis lepas. Adik cuma sempat sedekah al-Fatihah saja.

Apa yang kawan cina saya katakan, hidup ini pendek, jadi enjoy lah. Terima kasih Boo atas nasihat, tapi saya lebih suka katakan, biar ikut syariat. Benar hidup ini pendek, jadi penuhkanlah hidup anda dengan amal soleh selama mana diri ini mampu. Saya akui saya punya kelemahan, tetapi luangkanlah masa seketika saat anda sujud kepadaNya untuk kenang apa dosa anda, insyaAllah. Selamat beramal!

p/s: tiada gambar arwah.