BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 5, 2011

Pelatih 1001 Warna

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua. Hari ini, coretan sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. Pengalaman yang saya timba(tak penuh lagi) mungkin menjadi pilihan kali ini. Sebulan saya di Kem PLKN De Bana Jempol banyak mendidik saya erti kepentingan masa. Bayangkan, kepadatan waktu di sana membuatkan pelatih-pelatih terkocoh-kocoh berlari.



Eh, merepek kan. Belum ada intro, terus masuk cerita. Baiklah. Pengalaman saya selama sebulan di sana membuatkan saya berasa gembira sangat-sangat. Mungkin kerana bertambahnya rakan. Kalau lain, memang tak adalah jawabnya. Saya dapat bersama rakan lama saya dari STAR Ipoh yang turut sama mendapat tempat di kem tersebut. Saya ditempatkan dalam sebuah kompeni yang unik(ikut cara ketenteraan), kompeni Bravo. Dalam rumah sukan ini sahaja, macam-macam yang saya belajar. Erti kawan, sahabat, pembuli, baik hati, toleransi dan sebagainya.

Sebenarnya, tingkah laku sebegini sangat menjanggalkan bagi saya bagi minggu yang pertama. Yalah, kalau dahulu, kepala semua sama, kalau ada kambing hitam pun, tidaklah sebanyak di kem. Haha. Ada yang gila-gila, gila, kecoh dan yang menyakitkan hati. Nak dijadikan cerita, kompeni sayalah yang paling bermasalah dek ragamnya yang seribu satu jenis.



Saya tidak mahu bicara panjang, cuma mahu gambarkan keseronokan yang saya alami. Nak dijadikan cerita tambahan, maruah kompeni kami diuji apabila bendera kompeni dicuri oleh kem komandan. Hukumannya, adat peminangan. Sudah. Nasib baik saya tidaklah terlalu tertekan jika dibandingkan dengan 5 orang pelatih lelaki yang terpaksa menyamar jadi perempuan. Haha. Padan muka. Siapa suruh buat salah kan. Jadinya, pada hari peminangan nanti, saya akan menjadi wakil rombongan lelaki untuk masuk meminang. Harap-harap segalanya menjadi. Salam...

p/s:ada juga pemilihan untuk pasukan debat yang akan menampilkan apa itu debat dalam kalangan pelatih. harap-harap terpilih.