BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 25, 2013

Islam itu Asalnya Asing

Selalu juga dengar frasa ini, Islam itu akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Benar. Dalam hidup kita seharian, ada saja yang tidak selesa dengan amalan-amalan Islam. Tidak merujuk kepada sesiapa, tetapi itulah hakikat. Kenapa?

Siang tadi penulis ada pembentangan subjek agama di kelas. Hendak menaikkan mood punya fasal, pakailah jubah saya dengan rakan yang turut sama membentang. Asing. Sebab boleh kata orang semua pandang. Saya tidak punya masalah kerana sesiapa yang mengenali saya, pasti kenal dengan cara pemakaian saya yang berani memakai pakaian yang lain dari yang lain, baik tradisi Melayu, Jawa mahupun apa-apa saja. Minat. Tetapi kekesalan itu jelas bila mana ada yang mengutarakan, "Eh, kau dah jadi anak murid Sir ... ke?" Sebabnya pensyarah itu juga hari-hari berjubah. "Aku ada pembentangan agama tadi."

Pada hemat saya itu mungkin penghabisan kepada soalan hamba Allah tadi, namun tidak. "Munafik betul kau ni, ada presentation baru nak pakai jubah". Merah padam saya kerana disamakan dengan golongan yang dilaknat Allah. Tapi, atas dasar menghormati sesama rakan, saya khabarkan yang saya selalu berpakaian begini. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu.

 Hadis Rasulullah SAW yang ertinya :

"Berawal Islam itu dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti awalnya. Maka beruntunglah mereka yang asing, yang cuba memperbaiki apa yang dirosakkan manusia"

Jelas sekali. Mendengus juga saya bila kembali pulang selepas membeli lauk-pauk tadi. Tapi cuba saya tenangkan hati, semoga hidayah Allah sampai kepada rakan tadi. 



Gambar hiasan

Petangnya, ke kelas seperti biasa. Rakan yang sama membentang, juga sama kelas petang, masih berjubah. "Habis khutbah ke bang?" "Kau ada program nikah eh?" "Ni mesti ada niat nak jadi khatib ni" "Bukan hari ni hari Selasa ke? Buat apa berjubah?" 

Itu antara statement yang dapat saya recall. Haih entahlah. Mungkin bagi mereka, pakaian itu sesuai untuk majlis agama semata-mata. Dari segi pakaian yang menjadi pakaian Nabi pun kena kritik, apatah lagi yang lain. Apa pun, saya harapkan yang terbaik buat saya dan rakan saya itu, juga kepada mana-mana yang masih tertutup. InsyaAllah.

p/s: Niat di hati tadi nak pakai celak, tapi terbantut sebab tiada. Rasanya kalau pakai mungkin dah dituduh amal ajaran sesat. Islam dah semakin asing. 

1 respon:

Tok Kura said...

paman kalau marah seram ou