BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 26, 2012

Alkisah Kucing.

Ada satu malam minggu lepas, bila penulis nak ke dewan besar sebab ada talk fasal Crime. Minat sangat dengan penceramah, Kamal Affendi Hashim, sampaikan emak sendiri pun minat la. Talk malam tu sangat menarik walaupun delay dengan keletah peceramah, nak buat gimik la apa, tapi at the end, cool, tu yang dapat saya rangkumkan dan sangat memberi manafaat kepada sesiapa yang menghadirinya. Habis~
Bersama Encik Kamal Affendi Hashim
Isi cerita bermula di sini. Tidaklah begitu menarik saya rasa, tapi baca dulu. Anda tahu kucing? Soalan sengal-sengal ubi dari saya. Benar, ni nak cerita fasal kucing je pon. Haha. Yea, kucing ini makhluk tuhan yang diciptakan untuk menjadi binatang peliharaan, dan ia menjadi haiwan kesayangan Baginda Muhammad SAW. Nak cerita banyak pun anda mesti tahu kan, dan saya rasa kepada yang tidak membela kucing, anda ada kehilangan satu keseronokan bermain dengan binatang peliharaan sebegini.

Sewaktu saya dalam perjalanan untuk ke Dewan Besar, saya dengan rushingnya mengejar masa, jadi motorsikal pemberian abah saya bawa laju, tetapi cekap. Dapat lah potong beberapa kereta termasuk Hilux. Nak dijadikan cerita, saya memperlahankan tunggangan dan perasan ada sesuatu di jalanraya. Kucing baru kena langgar!

Kucing itu dah menggelupur saya tengok. Dilanggar di kepala, hancur tetapi badan masih ada, menggelupur. Ah, sedih juga. Minta-minta Izrail tak mengambil nyawa saya sedemikian rupa. Nak berhenti tidak dapat sebab saya di haluan yang lagi satu, tidak bertentang, lorong berbeza. Masih saya ingat kelikatan darah pada jalan itu, agak besar radiusnya.

Tetapi,dalam pada masa yang sama, saya ternampak ada kucing yang macam melihat tragedi itu berlaku. Ada perhubungan mungkin antara keduanya. Mungkin ibu atau ayah. Tetapi, melihat kepada saiz kucing yang melihat tragedi itu, lebih kurang ibu kucing kot. Yang sempat saya lihat, kucing itu seolah-olah melihat yang terbaring, duduk senyap juga di tengah2 jalan. Yang puas nak mengelaknya kereta. Tragis sungguh.

Rupanya kucing pun ada perasaan sedih, dan ambil kisah tentang apa yang berlaku. Cuba bayangkan kalau kucing tadi boleh meraung, yakin pasti ada orang kena heart attack dekat situ juga. Itulah kisah kucing itu. *macam cerita budak2. haha

Manusia? Nak sedih? Buang lagi ada. Heh~

Monday, July 16, 2012

The Godfather.

Lama tak menulis. Baru-baru ni saya ada amek satu jenis game ni, The Godfather. Macam seronok sebab tengok kawan main sebelum punya laptop sendiri. Siap ada jalan cerita lagi. Tak boleh skip any video onward, dan bila tanya pada kawan, rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

Cerita dia fasal Mafia Itali-Amerika yang lahir di Sicily. Dah sudah tonton cerita dia, tapi tak habis lagi lah. Bahagian yang dah saya tonton ialah bahagian 3, yang mana hero cerita ni dah tua dan ada penyakit diabetes yang kronik. Macam samseng Malaysia punya cerita la kononnya, tapi saya lebih suka tengok gaya jantan yang ditunjukkan. Sebab apa, musuh memang ada dekat mana-mana, tapi cara kita biarlah sopan. "Don't hate your enemies, it affect your actions." Marah orang kat aku, jadikan Mafia sebagai contoh. Hahaha.

Bukan itu sahaja. Benar, kerja yang dilakukan tidak baik. Tapi, ada kalanya orang yang dah lama dalam Mafia ni orang putih kata Wiser sebab berada dalam kerja yang terlalu banyak musuh dalam tempoh yang sangat lama. Jadi, perlakuan dia tak macam orang yang baru masuk, yang kuat panas baran. Ada satu cerita fasal hero: Michael Corleone. Dia tak pernah abaikan anak-anak dia. Yang perempuan dia jadikan Founder kepada organisasi kemanusiaan(walaupun duit mana datang entah), dan lelaki dia benarkan jadi artis walaupun dah nak grade menjadi peguam.


Maaf atas entri ini. Tetapi ini adalah berdasarkan kisah benar. Ada antara kita diam tak diam menyertai organisasi seperti ini. Sudahnya, keluarganya diabaikan, anak terbiar sampai dewasa, lepas sesal baru mencari anak. Ini minta dijauhkan kalau boleh. Fikir-fikir balik, kenapa ada yang fikir jauh untuk orang lain sedangkan keluarga itu adalah tempat baik untuk berkhidmat. Fokus dulu pada 'kumpulan kecil' ini dahulu sebelum nak 'berkorban' untuk 'kumpulan besar2' ni. Renung-renungkan. 

Monday, June 25, 2012

Kecewa

pagi tadi, aku silap dalam pemikiran. aku pikir sesuatu masalah itu pasti tiada pengakhirannya. macam-macam juga aku buat tanda tak redha. lawak jugak bila diingatkan semula. aku gelisah sangat2. kenapa gelisah aku tidak pernah sebegini teruknya? itu antara soalan yang ada dalam otak aku.

dengan cuaca yang dingin, aku semakin hampa. aku pikir, itulah pengakhiran bagi aku. oh tidak, mengapa berat sungguh dugaan yang Engkau beri kepada ku ya Allah. mengeluh lagi, tanda tak redha.

runsing sekali. panggilan tadi sangat2 mengecewakan. oh, mengapa! sekali lagi terngiang-ngiang, "Woi! Ko dah bangun ke belum?!" masuk kelas pun lambat 4o minit, siap kena gelak. hahahhaha!

p/s: 'pasal bangun tido ke, aku ingat ape tadi. kuang hajar kau'. ala,relakslah. hahahha. 'ok, sok luse tanak dengar citer kau dah'

Sunday, June 24, 2012

Haha

Setiap cerita mesti ada yang berbeza. sama jugak dengan aku. mana ada ratusan buah novel punye cerita yang sama. mungkin ending ada yang sama, tapi jalan cerita bentuk dia lain. entri ni aku tujukan buat yang baru kenali aku. hahha.

mesti ada yang yang cakap aku ni ntah apa2, post pekara2 sebegini. sorry to say, tapi setiap benda, atau setiap perkara yang kite lakukan pasti ada sebab kan. sebab itu sejarah cite aku korang korek2, mesti banyak soalan lepas ni korang bg kat aku. haha. korek kak, korek.

yang pastinye, ape yang ada dekat diri aku, sekarang ni lah. yang dulu,dulu punye cerita okay! adios! :)

Buat Hantaran?

Salam. Dah lama gamaknya aku tak buat apa2 entri. Maaf sebab sibuk, ditambah dengan belum ada laptop atau sebarang device. so, aku nak iklankan something yang ada. mulanya aku tak caye citer akak aku pandai buat hantaran. at last dye tunjuk kat aku yang ade tempahan sume, aku tekezut gak. time dibuat, tade lah senang and cantik, complicated melampau. final stage, serious lawa gila. ada la jugak yang tempah2. not bad~ haha. silakan lihat. :)https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1388380874463.2052203.1380314861&type=3#!/media/set/?set=a.1388380874463.2052203.1380314861&type=3

















Sunday, April 22, 2012

Oh, Tidak!

Salam pertemuan. Sibuk dengan assignment. itu sahaja yang mampu saya nyatakan. hari ini pun ada banyak kerja, cuma ada masa saya curi, gunakn laptop orang lain. berbulan juga rasanya tidak menulis entri. kali ini ada juga sedikit perasaan yang ingin diluahkan.

tempoh hari saya ke majlis apresiasi cendekiawan di salah sebuah universiti. acara ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar asasi yang mendapat keputusan anugerah dekan bagi semester 2 yang telahpun berakhir. kalau ikutkan perhitungan, saya ada dalam senarai kerana pointer melebihi kelayakan dean's list, 3.5. seronok rasanya dapat menaiki pentas buat pertama kali atas pencapaian dalam pelajaran.

selepas maghrib, capek saya dan rakan selepas perlawanan persahabatan ragbi disembunyikan dengan rasa gembira ingin menaiki pentas. seronok tak terhingga, blink2 lagi baju saya dengan pakaian batik jawa kebanggaan. sampai terus cari tempat duduk dihadapan. harapan agar senanglah nak ambil anugerah sekejap sahaja lagi. kembang kuncup rasa bangga dan syukur atas kemenangan titik peluh yang akan saya dakap sebentar sahaja lagi.

macam2 acara sebenarnya. kreatif juga walaupun tidaklah seberapa mahal majlisnya. sewaktu penyampaian anugerah dekan, kelas saya dalam kelompok panggilan terakhir. tunggu punya tunggu, nama tak panggil-panggil. e'eh? punya struggle aku belajar, ini yang aku dapat? nak tahu kenapa? sehingga orang terakhir dipanggil, nama saya dan rakan tadi tidak dipanggil lagi. alamat hampa betul lah jawabnya. bertali arus soalan dari pensyarah dan timbalan dekan kepada saya dengan bertanya kenapa tak dapat anugerah dekan? saya mana tahu. ingatkan penganjuran cukup selidik tentang hal berkaitan penerima anugerah, rupanya ada sesuatu yang tertinggal. aku punya besar ni pun dia tak ingat nak letak.

saya terangkan kepada pensyarah-pensyarah tadi bahawa saya sepatutnya tersenarai, tetapi salah teknikal mungkin. Allah, sedih nak tergenang air mata saya bila dipanggil penerima-penerima anugerah naik ke pentas mengambil gambar bersama. awak tak layak, cabut lah dengan rakan. pensyarah cuba menahan saya, arahkan saya dan rakan tadi ke pentas dengan alasan, saya juga penerima anugerah. tetapi, rasa kecewa tidak dihargai memang menebal saat itu, dan disebabkan itulah saya dan Iqbal terus meninggalkan dewan itu dengan penuh hampa.

memang benar saya marah. marah campur kecewa. sepatutnya majlis sebegini tidak mempunyai masalah yang besar sebegitu. bukan saya sahaja, malah ada yang lain juga tidak mendapat anugerah tersebut walaupun layak. andaikata ada kelayakan lain, beritahu awal-awal agar kami-kami ini tidak terlalu berharap dengan anugerah tersebut. ini tidak. haish.

mungkin saya juga harus bersyukur. ada hikmah di sebalik kejadian. tetapi masalah ini boleh dielakkan seandainya pihak penganjur tidak melakukan persediaan di saat-saat akhir. cuba bayangkan, anda adalah pelari pecut yang mendapat pingat emas pada temasya olimpik. malangnya anda tidak dijemput ke podium untuk mengambil medal itu, sebaliknya medal itu terus dihantar ke rumah seminggu selepas temasya berakhir, apa yang anda rasa? jadi, kepada sesiapa di luar sana yang akan menjadi penganjur, pastikan segala-galanya berjalan lancar. biar majlis ringkas, tidak banyak hadiah asalkan tiada yang terasa dengan penganjurannya. tetapi, institusi ini masih kekal di hati saya. biarlah hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik sebenarnya di universiti ini. :)

apa-apa pun, tahniah kepada rakan-rakan kelas saya yang mendapat anugerah tersebut. :)

p/s: ada rasa berkenan dengan seseorang~ ;)

Sunday, March 4, 2012

29 Feb

Salam. Tidak ada banyak entri tahun ini. Sekali-sekala, nak juga berkata, tetapi tiada idea. Kali ini fasal 29 Februari. Ya, 4 tahun sekali. Saya pun tidak sedar akan berulangnya tarikh yang sama. Bukan apa, kejadian yang menimpa senior saya, Fain Alias yang ke rahmatullah pada 28 Feb yang lepas membuatkan saya teringat kembali kepada hukum Allah, ajal maut, jodoh pertemuan semua ditangan Allah.

Ceritanya 8 tahun lepas(agak lama bukan?). Ya, Tarikh 29 Feb ini sangat saya ingat. Pada subuh pagi Ahad itu, saya tersedar dengan panggilan telefon. Akak yang sedang solat saya kira, berlari mengangkat panggilan itu. Selepas itu saya dengan tangisan selepas panggilan itu. Kecoh juga mak sebab itu dan hasil pendengaran yang saya cerap, saya terdengar bahawa abang sudah tiada.

Mata saya tutupkan rapat-rapat, dengan harapan itu sekadar mimpi. Dapatlah juga tenangkan fikiran, namun kecamuk hati tidak dapat saya elakkan. Akak saya ke bilik dan berusaha mengejut saya yang pura-pura tidur, beritahu yang abang sudah meninggal dunia sebab kemalangan. Oh, tidak. Harapan saya tadi tidak kesampaian. Arwah telah pun menemui Ilahi pada pagi subuh itu selepas kemalangan di jalan Sepang-Bagan Lalang. Selepas 8 tahun, tarikh ini datang lagi iaitu 29 Februari.

Kepada abang, adik rindu sangat kat abang. Sekarang tinggal adik sorang2 sebab abah dah tak duduk sekeluarga. Adik sedih sangat bila fikir balik tentang dosa adik kat abang, sebab abang tak tahu yang adik banyak salah juga kat abang. Maaf juga sebab tak dapat nak sedekah Yasin malam Khamis lepas. Adik cuma sempat sedekah al-Fatihah saja.

Apa yang kawan cina saya katakan, hidup ini pendek, jadi enjoy lah. Terima kasih Boo atas nasihat, tapi saya lebih suka katakan, biar ikut syariat. Benar hidup ini pendek, jadi penuhkanlah hidup anda dengan amal soleh selama mana diri ini mampu. Saya akui saya punya kelemahan, tetapi luangkanlah masa seketika saat anda sujud kepadaNya untuk kenang apa dosa anda, insyaAllah. Selamat beramal!

p/s: tiada gambar arwah.