BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 16, 2011

Hari Cikgu

Cikgu sihat? Soalan sama.
Sihat. Jawapan sama.
Tak sihat... Lain. Kenapa Mr. King? Mata saya still can't perform better lah. Bukan dah oprate ke Sir? Dah, tapi say jadi rabun dekat. Ooo.

Cikgu, macam mana mengajar? Soalan tambahan.
Ok. Jawapan biasa.
Tapi form * problem sket. Depa dok @#$%^* bla~. Jawapan tambahan.

Cikgu, menang tak? Skil soalan menarik.
Takda rezeki la pulak. Skil jawapan merendah diri.
Saya menang lagi taw. Haha. Skil jawapan menarik.

Saya dapat U*&^10. Jawapan kepada soalan.
Oh, good luck! Respon jawapan.
Lah. U should be a good lawyer lah. Soalan kepada jawapan.

Huh???

Macam-macam jenis respon guru apabila soalannya bermacam jenis. Yang itulah, yang inilah. Tetapi, insan-insan inilah yang telah mendidik saya menjadi insan. Mereka juga masih setia mendoakan anak muridnya berjaya dalam hidup. Cikgu Jepun sekolah saya, Sensei Ainun kata, seronok lihat anak murid STAR berjaya. Semua berkat doa, ilmu, kekuatan dan kasih sayang yang cikgu-cikgu berikan.
Terima kasih cikgu!

p/s: di ipoh buat beberapa hari, ambil peluang jumpa cikgu-cikgu Bintang tersayang!

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari 8 Mei!

Aduh, mana nak cari dua ribu? Soalnya kena bayar dulu, walaupun sudah ditaja. Paling pantas punya tindakan, panggil pak cik Ahmad Saruan. Selesai. Cukup dah seribu, lagi seribu mana?

Akak balik ketuk pintu, kenapa kau? Macam ni, kena dahulu duit daftar, sat agi depa ganti. Takon la karo abah(tanya abah). Mungkin tidak tepat. Abah tak dapatlah dik nak sediakan banyak, seribu ya bisa. Kau tak kata kat abah yang akak pinjam duit kau? Agaknya, akak lupa abah duduk rumah waktu adik ada memang macam duit gaji, awal penuh ada, sepuluh ringgit mak dapat. Adik makan pun minta emak. Huh.

Adik, kuetiau siap! Kenapa nangis? Masuk habuk mak. Sebenarnya kena bayar dululah mak untuk masuk adik dekat pengajian tu, sedar-sedar akak tengok dah nangis. La, kita bincang lah, kan satu keluarga.

Adik taknak susahkan mak, ingat dapat ni mudah emak. Tapi macam sama je. Takpa, ni rantai ni mak boleh gadai. Mak! Tak payah, lagi rela adik pinjam pak cik Ahmad Saruan. Adik kecil lagi, nanti pak cik tak percaya bila dah besar, jangan jadi macam akak ni. Hmm. Habis tu?

Macam ni, nanti emak keluar duit simpanan kerja buat tanggung adik. Mak... Takpa, untuk belajar, mak sanggup buat apa untuk kejayaan anak mak.

SELAMAT HARI IBU!

p/s:maaf terlambat, bagi saya, hari-hari hari ibu. Terima kasih Zainah Md. Jali.

Monday, May 2, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



Salam, post ini untuk tujuan pertandingan yang dianjurkan Cikgu Shahnun. Untuk makluman, saya dapat idea sajak ini berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar di STAR Ipoh dengan menggunakan nama insan bernama Kassim sebagai seorang guru. Terimalah...

KISAH GURU KASSIM

Di sana rupanya guru Kassim,
Terbatuk-batuk gaya usia dimamah musim,
Dia masih bisa ke sana ke mari,
Lengkapkan tugasnya untuk hari-hari selebih.

Dulu,
Teganya dia usah dicabar,
Gigih menjana yang mahu belajar,
Bilangnya, ilmu itu perlu diajar.

Dulu,
Jerih payah dia rasa tercabar,
Dari maju bandar ke Batang Lupar,
Bilangnya, sabar sabar.

Seribu dua ragam pelajar dia ada,
Yang sungguh bercerita,
Yang kekok tulis baca,
Malah yang diam duduk saja pun ada.

Itu belum lagi pinta-pinta ibu bapa,
Yang ini mahu anaknya sukses semata,
Yang itu mahu anaknya dilayan ibarat raja,
Yang sini sekadar mencampak beban kepadanya,
Yang situ pula cukuplah setakat ambil periksa.

Guru Kassim benarnya tiada pilih-pilih,
Layannya sungguh persis bapa yang kasih,
Pada anak bangsa yang masih bertatih,
Didik mereka biar terlatih.

Dewasa,
Yang ini jadi doktor bedah mata,
Yang itu jadi pensyarah ternama,
Yang sini jadi mursyid Imam Muda,
Yang situ pula peruncit halal sumbernya.

Semuanya berkat ajar guru Kassim,
Dia yang ajar agama tidak zalim,
Dia yang ajar baik budi biar yatim,
Dia yang didik, belajar walau hampir ke liang kubur,
Dia yang didik, sampaikan ilmu biar terus subur.

Seberapa lama,
Guru Kassim masih punya tenaga,
Dia tidak hairan walau tinggal 2 tahun saja,
Dia masih mahu habiskan sisa usia,
Sebagai pendidik anak bangsa yang setia.


Buat guru-guru yang mendidik saya, sekapur sirih, ucapan terima kasih kerana berjaya mendidik saya. Teruskan mendidik yang masih ada, sertakan doa yang makbulkan usaha. Terima kasih.

p/s: tahniah cikgu Shahnun sebab sudi anjurkan pertandingan ini. TK juga kepada saudari Zuratul Ain kerana habaq mai kat saya. huhu.