BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Sejarah di UIAM



Rasanya saya perlu lebih formal kali ini. Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki Allah SWT, dapatlah saya dan pasukan bersama-sama menjejakkan kaki ke final UIA minggu lepas. Peluang ini merupakan peluang kedua bagi saya, namun, Allah itu Maha Kuasa dan Dialah yang menentukan tiap sesuatu.


Bercerita tentang UIA. Tahun ini merupakan tahun keempat saya ke UIA sebagai pendebat. Bermula dari tingkatan 2, pada masa itu, erti debat yang sebenar tidak pernah dapat difahami dengan baik tetapi dengan machonya dapat naik ke pentas jua kerana pasukan saya pada masa tersebut(Syazwan,Harinn,Farid) berjaya ke peringkat separuh akhir. Walaupun hanya simpanan, semangat perdebatan mulai timbul di sanubari ini lantas membolehkan saya mula berdebat pada tahun 2008 dengan membarisi pasukan kedua STAR.

2008 tidak memberikan apa-apa kejayaan kepada pasukan saya kerana mungkin disebabkan faktor usia yang masih mentah. Ingatkan mampu buat kejutan kerana pada perlawanan pertama, kami berjaya kalahkan pasukan utama TKC dengan margin 6.33. Rupa-rupanya, memang kami berhadapan dengan masalah lebih-lebih lagi apabila mula bertemu dengan pasukan yang hebat-hebat. Tahun 2008 juga, memberikan saya pengalaman pertama mendapat anugerah pembahas terbaik di UIA. Itupun cuma sekali ajalah.

2009 menjanjikan sesuatu yang baru apabila saya mula diserapkan dalam pasukan utama. Memang tidak dijangka, pasukan ini telah berjaya untuk masuk ke peringkat final tetapi tewas di tangan SMI Hidayah. Ceritanya, memang menarik! Cuba bayangkan, pada peringkat pusingan awal, saya bertindak sebagai speaker pertama, sedangkan selama ini saya pembahas ketiga! Haha. Memang mencuit hati bila terkenang kembali. Yalah, selama ini kerjanya membangkang orang, ha, waktu inilah nak kena redha apabila dibidas. Tetapi itu hanya pada peringkat pusingan sajalah. Kalah mati, kami tukar kembali posisi masing-masing dengan cadangan pulang ke tempat asal. Memang saya tak punya jiwa hujah, perlawanan pertama sebagai 3rd menentang Maahad Hamidiah terus mengiktiraf saya sebagai pembahas terbaik. Haha. Itupun sekalilah juga, sebab sampai ke final saya hanya menjadi calon pembahas terbaik.

2010, lagi unik. Saya yang lebih berpengalaman tidak pernah menjangka diri ini mampu masuk ke kelompok 10 pembahas terbaik. Hanya menggunakan taktik dan cara yang sama, pusing-pusing sikit. Alhamdulillah, saya mendapat kedudukan pembahas keempat terbaik keseluruhan. UIA tahun ini juga memang membuatkan saya sedikit terharu kerana tahun inilah yang memberikan saya anugerah pembahas terbaik lebih dari dua kali!(proud. haha.) Keseluruhannya, sampai ke final, saya mengutip 6 daripada 10 perlawanan anugerah pembahas terbaik.

Perkara di atas bukanlah bertujuan untuk saya berbangga. Cuma satu perkara, setiap usaha, pasti ada balasannya. Macam Newton's Third Law. Haha. Yang penting sekarang, saya akan cuba yang terbaik dalam PPM yang akan berlangsung di Kelantan sebulan lagi. Salam ceria!

0 respon: