BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 28, 2010

Apa Nak Jadi?


Orang sekarang ramai yang kata, kalau kita tak tegur, rosaklah budak-budak. Nak dijadikan cerita, dikhabarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bahawa seorang lelaki mati dipukul dengan kayu besbol hanya disebabkan tegurannya terhadap suspek berkaitan isu buang sampah. Astagha! Tak bawak mengucap ke apa? Mungkin jugalah sebab suspek dan mangsa berbangsa Cina. Tapi, seharusnya kita amalkan konsep kena tegur, terima. Ini tidak, terus kena bunuh.

Perkara ini bukan di situ sahaja. Kalau dahulu, kita pernah dikhabarkan dengan kejadian sekumpulan samseng jalanan memukul seorang warga emas kerana menegur mereka yang melakukan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan tersebut. Jadi, di manakah silap kita dalam membentuk anak-anak nzaman sekarang?

Ada yang menyatakan bahawa sikap yang salah dibentuk dari rumah. Anak ibarat kain putihlah, ibu bapa bertangungjawab membentuklah. Sudahnya, anak buat salah, mak bapa yang dipersalah. Bukan begitu, kata orang, bukan salah ibu mengandung. Cuma, salah intepretasi dalam kehidupan seseoranglah yang menjadikan kita sedemikian rupa. Yelah, cuba kita fikir, agak-agak ada tak ibu bapa yang mahukan anaknya jadi penyamun, pembunuh mahupun penjenayah? Ha... Lu pikirla sendiri...

0 respon: