BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 16, 2010

HKSBP 2010

11-14 Mac yang lepas telah menjanjikan aku dengan satu lagi peluang untuk menjulang Piala Perdana Menteri. Alhamdulillah, kontinjen STAR telah melayakkan diri ke pusingan akhir dengan ketiga-tiga pasukan bertemu MCKK di final. Mungkin tidak ada rezeki, aku dan pasukan tersungkur di pentas final. Tetapi aku taklah rasa kecewa sangat kerana pasukan sudah layak ke peringkat kebangsaan.

HKSBP Zon yang lain telah menjanjikan kelainan tahun ini. SSP buat pertama kalinya yang dibarisi pendebat-pendebat gempak tidak berjaya ke SCIPP(lokasi PPM). Kata Kak Ezzah, juri takut nak bagi SMAPK kalah waktu semi dengan SSP. Betulkah? Entah... Aku di Kedah waktu tuh.

Allah sememangnya telah membantu aku dan pasukan. Benar kataNya, sesiapa yang berusaha, pasti akan dapat ganjaran yg setimpal. Doa yg aku baca sewaktu petang bertemu IKUPA takkan aku lupa. Saat itu, aku dan pasukan sudah redha dengan ketentuan kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tak sangka, hujah yang kurang pembuktian disertai penyampaian terganggu oleh hujan menyebabkan aku tidak henti berdoa kepada Allah. Sujud syukur aku ke hadratnya apabila diumumkan pasukan aku menang pada petang itu. Air mata berlinang di kedua-dua buah pasukan; sedih dan gembira. Maafkan aku buat yang menjadi mangsa. Mungkin korg rasa korg patut menang tetapi Allah sentiasa mengadakan hikmah bagi setiap ketentuanNya. Mungkin doa Munjiyat Umi, bacaan Yassin Qucai dan doa rakan-rakan membuatkan kemenangan di pihak kami.

Di pentas final sekali lagi saat berdebar kami terserlah. Faktor luar yang mengganggu aku memang membuatkan aku berasa tidak senang sewaktu di pentas final. Tiada rezeki mungkin, akhirnya kami tewas di tangan MCKK. Selepas dirisik-risik, kami kalah juri 3-2. Takpalah. HKSBP aku akn perform elok-elok. Rosman memang hebat bila dianugerahkan pembahas terbaik keseluruhan. Nak belajar la pulak... Hehe...

1 respon:

Unknown said...

tahniah la menang.

untunglah dapat pergi kebangsaan. :)