BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

1 Malaysia

Hola... Semalam aku telah menonton perlawanan akhir debat diraja ipt (Royal Debate) yang diadakan di UM. Perlawanan akhir telah menemukan UKM sebagai kerajaan dan UTHM sebagai pembangkang. Usul yang dibincangkan pada perlawanan akhir ini ialah, Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting. Pihak juri memutuskan usul diterima di mana UKM telah menjuarai pertandingan debat diraja pada tahun 2009. Sebenarnya, perdebatan sedikit kurang menarik. Mungkin kerana Dr. Raja Nazrin yang menghadiri perlawanan ini, jadi, mungkin pihak penganjur mahukan keadaan yang formal dalam perdebatan final. Baiklah, itu saja yang dapat aku laporkan sepertimana pengacara televisyen yang lain. Hehe.

Sebenarnya, bukan ingin sangat bercerita tentang Debat Diraja. Memang penting apabila berkaitan debat, tapi ini blog aku, saja ingin menukar ideologi yang selama ini terkongkong dengan pandangan seorang pendebat. Kali ini, aku ingin bercerita tentang muhibahnya masyarakat Malaysia.

Hujung minggu yang lepas, aku bersama akak pulang ke kampung bagi membantu wak aku yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya di kampung. Yelah, bukan selalu balik PD ni. Sekali-sekala je. Dari Rabu lepas, aku mula ikut Wak Amat (wak aku) membeli-belah. Mula-mula pergi Mydin. On the way balik, dia singgah kedai India. Katanya nak cari muruku. Bukannya orang Melayu tak buat muruku en. Tapi wak kata muruku kedai ni sedap. Aku iyakan saja. Tapi betul juga. Sedap. Mungkin dah master agaknya. Wak Amat pun mulalah speaking India. Aduh. Hapak aku tak paham. Tapi yang pastinya, nilai toleransi ditunjukkan kedua-dua belah pihak. Selepas beli 10 kg muruku di kedai itu, perjalan sampai ke kampung sekali lagi tersangkut di pekan Sepang. Wak Amat kata nak cari barang sikit. Singgahlah aku dan seisi kereta masuk ke kedai. Apek pun kata, 'silamat latang, lu calila apa lu maw. Sini balang mulah-mulah, halege bolong'. Haha. Tergelak dalam je lah. Dah pilih-pilih, memang murah juga. Ferrero Roche yang pernah aku bagi ex aku dulu pun harganya tinggal 80% je. Lepas tu Wak Amat dah merepek. Dia suruh aku minta kotak kosong kat tauke ni. Aik? Ade ke? Bukan ke depa jual?

"Tauke, ada kotak kosong tak? Sikit maw buley ka?" Apek pun jawab. " You amek kat blakang. Manyak musat punya. Kalau kasi habis pun bule."
Uik? Pelik. Lepas tu aku tanyalah Wak Amat. Dia kata, tauke ni baik. Kalau cutomer nak kotak ke hape yang tak merugikan dia, dia bagi je. Aku pelik tau. Sebab mentaliti aku pikir yang orang cina ni kerja dia nak untung je. Tapi jangkaan aku meleset. Siap tolong kami lipat kotak yang segedung tu. Baik sungguh.

Pada malamnya, ada van masuk perkarangan rumah Wak Amat. Aku pergilah tolong wak turunkan barang-barang kenduri. Tengok-tengok, abang Cina kat Lendong. Dia punggahlah semua. Siap semakkan sekali. Wak ajak dia datang kenduri, sempat pulak dia melawak. Jadilah jugak sebab aku tergelak. Haha. Tak sangka gitu. Ingat tak mesra. Orang kata, kenalah mesra pelanggan. Tapi bila pikir urusan melibatkan pelbagai kaum, aku agak terkesima.

Sewaktu kenduri berlangsung, aku ternampak abang India potong rambut kat Lendong singgah. Dia dijemput. Aik? Kena jemput gak ke mamat ni? Nak tegur, tapi takut dia dah tak kenal. 4 tahun tak balik la katakan. Pusing-pusing buat kerja, ternampak abang tu borak2 ngan mak cik2 kat belakang. Tempat orang buat kerja. Aku pun tegur. Tanya dia, kenal tak. Dia rupanya masih kenal aku walaupun aku dah menembam dan memontel. Haha. Tak ku sangka.

Memang apa yang kita pesimiskan sepanjang menjadi rakyat Malaysia tidak benar sama sekali. DEB, HINDRAF, Perkara 153 dan lain-lain sebenarnya menjadi halangan kepada kita untuk berbaik-baik antara satu sama lain kerana major memikirkan tentang bangsa sangat. Chill la. Memang boleh memikiorkan benda gitu, tapi sikit2 sudah. Aku harap, keunikan Malaysia dapat kekal menjadi simbolik yang melambangkan pelbagai warna dapat disatukan melalui pemahaman mengenai bangsa lain dan sebagainya.

0 respon: