BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

ALAMAK! 2010!

Sedar tak sedar, tirai 2009 bakal ditutup dalam masa kurang dari 48 jam. Dan disebabkan itulah juga aq mula terketar2 akan SPM yang akan dihadapi tahun depan. Alamak! Dah bersediakah aq? Cewah... Hm... Aq agak sedih juga bila mengenang result2 exam aq tahun 2009. Terok gila! Maka, sudah tentulah azam aq pada tahun hadapan adalah untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM.

Mengenai persediaan menghadapi SPM, aq dah mula merancang untuk melakukan beberpa langkah drastik bagi mencapai impian aq, tapi, biarlah rahsia. Hehe. Tapi, yang agak mengecewakan aq sekarang ni adalah arahan untuk aq mendaftar ke sekolah lebih awal iaitu pada pagi 01/01/10. Aduyai... Rasa macam nak *#*#ar saja. Tapi, aq teringat akan kata2 org, amanah takkan diberikan kepada seseorang sekiranya mamat tuh tak dapat memikulnya. Jadi, aq terpaksa redha walaupun hati sedikit kecewa akan tindakan pengurusan sekolah. Hm... Takpalah, bukan kerja aq pun untuk memikirkan perkara tu sangat.

Minggu lepas, Umi ada call dan bgtaw aq tentang kepulangan dari Mekah. Alhamdulillah, selesai sudah ibadat Umi. Yang Umi selalu ingatkan aq adalah berkaitan hubungan kita dengan Allah. Betul juga kata Umi. Allah tak selalu makbulkan terus doa kita. Mungkin ada hikmah. Dan Umi kaitkan semua kuasa Allah tu dengan karier aq, PENDEBAT. Umi kata, kali ini tak boleh pandang belakang dah. Kena struggle untuk tournament 2010, tapi, jangan lupa study pulak. Agak berat juga tugasan yang perlu aq galas sebagai Kapten Bahas. Sekadar beri nasihat mungkin boleh, tapi untuk mendidik rakan seperjuangan, saya rasa saya tak layak Umi. InsyaAllah, di samping mengadakan latihan untuk tournament 2010, aq juga sudah merancang beberapa strategi untuk digunapakai dalam kaedah meningkatkan lagi prestasi pasukan sama ada junior mahupun senior. Mungkin nanti akan aq ceritakan. Nampaknya, belum tentu akan aq update blog ni seminggu sekali. Dua bulan sekali mungkinlah. Sekian.

0 respon: